Friday, November 28, 2014

Semut

Manager : Yana, awak ingat Part Nombor foil ni?

Aku : Ini? Kenapa dengan foil ni?

Manager : Kan kes foil break dulu. Tukar foil yang ini. Foil break jugak.

Aku : Ooooo.... lupa la

Manager : Lupa je awak ni! Apa yang awak ingat?! Banyak makan semut ke asyik lupa je

Aku : Hmmmm....tu la pasal....  banyak jugakla saya termakan semut....

Manager n others at meeting table : Krik krik krik..... smileee

Manager : Awak dengar tu Man? Boleh pulak dia. Eeeeiii!!! Gerammm je saye tengok awak ni tau!

Aku : Huh?!








Seriously aku dah penat gile tadi, Sample bertimbun, tetiba production buat hal.

Maaflah, tak berniat nak membuat sebarang sengal. Aku malas layan.

Ha ha ha ha...

Ok pe, manager factory tak jadi marah. Senyum kan comey

Sunday, November 16, 2014

Amayzing brain

Aku > Hah! Aku suka lagu ni
Ina > Sape nyanyi?
Aku > Noh Hujan
Ina > Tajuk?
Aku > Taufan
.........*chorus muncul*......
Aku > Eh! Salah! Angin kencang! Hahahahah!!
Ina > Dia sinonim kan tajuk lagu pulakkkkk.....


Well, aku MEMANG ada masalah bahasa. Tapi dah besau gini, and asyik di point out oleh orang sekeliling, aku jadi risau. Time meeting pun words hilang. Paling aku pelik, ya...aku sendiri pelik, word 'HQ' pun aku tak ingat. Aku just ingat huruf 'Q' je. So...macam2 aku try padankan. IQ, TQ....
Aku stress. Hahahaa!!

Sebab stress, aku pun google la, masalah aku ni.

Hasilnya, aku memang ade language disorder.  MAYBE ada mild expressive dysphasia. Dekat otak, bhagian language, ada sedikit abnormal. Either sbb hentakan, stroke (most of the case) or pembentukan tak sempurna. 

Lambat cakap masa kecik. Sampai umur 5 tahun, bahasa kita, aku pelat. Mak kata aku pelat kronik. Langsung tak paham. Aku cipta bahasa sendiri. Mak aku guna mother instinct je nak paham aku. Hahaha!! Sindrom no 1

Lambat baca and menulis. Apa2 bahasa pun aku memang lambat nak catch up. Sindrom nombor 2

Ketiga, aku tahu apa aku nak cakap tapi cant find the exact word. Hanya ingat satu atau dua huruf. Kadang2 langsung tak jumpa. Aku akan cakap sinonim perkataan tu atau describe 'benda' tu secara panjang lebar. 

Road tax : Alaaaa... yang kita renew tiap tahun tu. Tampal kat cermin kete. Ade kaler2.

Kuih ketayap as kuih kopiah.

Billiard jadi Billboard.

Kadang2 langsung tak ada maksud atau maksud lari terus. Just slipped from my tongue. Dan aku sedar atau tidak salah aku tu.

Itu yang aku google la. Tak tau lah exactly macam mane sebenarnya. 




Nak tahu kesahihan 'sakit' ni, kena MRI otak. Or jumpe pakar. Tak kuase aku. heh!

Its not really bothering me actually. Cuma.....

"Macammana aku nak jadi lecturer kalau macam ni?"

And thats bring me down. down. down.

Jadi cikgu tadika la camni. Hahahaha!!


Nak sembuh boleh, speech therapy je. Tapi....kalau sembuh, aku dah takde joke untuk aku gelak sendiri. 



Google juga beritahu bahawa orang2 begini akan rasa rendah diri dan hilang keyakinan. Hmmmmmm........ encik google, cara nak overcome tu, just laugh at yourself. Your brain makes jokes to tickle itself. Toksah malu lah. 

 

Tuesday, November 4, 2014

Kenapa?

Kenapa....... Cinderella nak balik cepat..... tapi bila Prince tu datang, tak segan pula berusaha tunjuk muka. Kan senang dari awal lagi tak lari daripada majlis tu. 

Kenapa..... aku tak boleh tido ni??? Esok keje mengantuk bertimbun weh

Tuesday, October 28, 2014

Jatuh cinta

7 Tahun lepas.... Aku dah jatuh hati, tangkap cintan sama 'dia'

Aku macam dah ter-enchanted la dengan 'dia'

Lepas tu, tahun lepas pergi jumpa 'dia'

Masih cantik, langsung tak berubah. Jatuh cinta buat kali kedua. Makin suka pulak tu.

Lepas tu Weekend baru ni pergi semula jumpa dia. Aku ingat sembuh sikit la parah gila aku pada 'dia' ni, sekali makin haru adalah. Semakin suka, semakin jatuh cinta sebab 'dia' sangatlah teramatlah cantik.

Tapi apakan daya, 'dia' bukan aku punya pun. Menumpang aje. Muka langsung tak reti nak tahu malu, bertandang macam tu, Huhuhu..... Tapi kalau dah jatuh cinta, rase malu semua dah lupa. Bila dah lepas rindu, baru la rase menyesal sebab gile muka tak malu menumpang. Moga tak memalukan mak abah di kampung atas kelakuan anaknya ini.

Dia = Sawah scenery dekat rumah nenek Hana. Sekarang dah jadi sawah scenery di kampung halaman @ rumah family Hana sebab dia dah pindah rumah baru kat situ.




Sawah dekat taman perumahan Bagan Serai tu pun aku suka gak. Lagi2 tang pokok nan sebatang tuh. Pergh! First time datang dulu, bersinar mata aku tengok. Melekat terus dalam otak dan hati.

Tapi yang dekat rumah Hana yang sekarang ni memang...MEMANG.... aku giler2 suka. Tahun lepas pergi menyinggah satu malam, dah bikin aku mimpi 5 hari straight pasal area rumah nenek Hana tu. Sampai aku terfikir, aku ni kena sampuk ke hape ni? Hahahaha!!!


Weekend baru ni, pantang diajak, tak ada hal hujung minggu memang Ya Allah, tak tahulah malu masa tu campak ke mana. Ikut jugak minah ni balik kampung. Memang puas hati giler! Dapat kayuh basikal round sawah. Dapat cop mohor kat lutut tau!.... hurmmmmm...kite terjatuh beskal sebab kaki tersangkut masa nak turun. HAHAHAHAH!!! Dah beso panjang pun boleh jatuh beskal.


Muka tak malu jugak, duduk lepak dekat berandah tepi rumah Hana menghadap sawah. Ya Allah! Sedapnya angin bendang, tengok burung2 dan bangau2 riang berterbangan. bersepah kat langit diorang terbang. Subhanallah, MashaAllah, Allahuakbar. Cantik sangat, best sangat!

Muka tak malu jalan2  atas batas. Yang dekat depan umah beliau saja. Aku nak round pi bendang sesorang, Hana tak bagi. Naseb baek la ade Ina sanggup meneman dan melayan gilanya aku ni. Kalau tak, memang batas sawah pun tak terjenguk kot. Tsssskkkkkkkk....


Ingatkan lepas dapat lepas rindu sekali, dah okeylah, sekali aku lagi lagi lagi rindu ni pasaipa?

Balik2 terus dok godek Homestay dekat sawah padi area Selangor. Jadilah. Tak kira! Aku heret je sesapa nanti stay satu malam kat mana2 Homestay. Ceq dah malu tahap gaban pakai 5 lapis topeng da nak gi umah Hana ni. Sekali setahun cukup la. Sekali setahun pun rase macam dah segan gile2 dah ni.


Aku nak jugak ada rumah tepi sawah. Nak jugak! Tak kira! Nak cepat, kawen ngan orang yang rumah dia tepi sawah. Kat rumah Hana aritu nampak la bebudak main2, aku rase rumah depa tu yang tepi sawah tu. Tak tertanya la plak ade abang ke tak. Haishhhh...OMG!!! Kegilaan apakah ini?


Note : Hana, kalau ayah ko jadikan rumah lama homestay, aku nak sewa satu malam, pakej sekali ngan beskal eh. Ok Bai

Note : Aku pernah terlupa word 'sawah padi'. Dalam usaha aku nak me-recall perkataan tu, yang terkeluar dari mulut adalah 'ladang beras'

OK BYE. My brain is funny. OK BYE

Monday, October 27, 2014

Pesan pagi

Sebelum ke kereta untuk ke kerja....

Macammana kau boleh bersikap batu?
Sekeras batu? Se tak peduli itu?

Soalan yang aku dapat.

Sebab aku blur kot...hahahaa!!

Ada kelebihan kalau blur ini...

Satu je,

Jangan buang masa rasa tak bahagia disebabkan orang yang entah siapa2.
Siapa dia untuk halang aku rasa bahagia?
Siapa dia?
Siapa?

Dia tak siapa2 pun pada aku.
Dan aku selalu ingatkan diri aku tentang itu.

Tak pernah berjasa, maka siapa dia untuk halang aku terus rasa bahagia?
Buat bodoh sudah.

Monday, October 6, 2014

I always wondered

Aku...kalau aku bagitau orang aku ada 7 adik, selalu reaksi terkejut aku dapat.

Bukan sebab terkejut kerana ramainya adikku. tapi terkejut sebab betapa aku langsung tak nampak seperti seorang kakak. macam si bongsu adalah. Takpun orang yang tak ada adik yang jauh jarak beza umur.

perasan awet muda sekejap...kahkahkah!!!

Aku macam.... tak cukup ke-kakak-an kah aku?

Fikir...fikir, maybe sebab aku ngan adik-adik macam kawan sebaya.
Sebab aku manja dengan adik-adik.
Sebab selalu harap pada adik-adik.
Apa-apa pun, rujuk adik-adik.

Pilihkan baju ke, tudung ke, adik2.
Hal2 kereta, tukang, letrik, juga harapkan adik2.
Hal cintan cintun pun consult ngan adik2.

Adik2 harapkan duit je dari aku. Kahkahkah!!!

Pagi raya, cermin kereta pecah. Aku gamam. Stress sekejap, masuk rumah balik, diam duduk dalam bilik.

Keluar bilik, tengok kereta, adik2 dan akak aku yang dok belek cermin kereta, balut tak kasi berderai.

Masa tu aku tersentak, betullah, aku manja. Hal kereta sendiri... tapi akak ngan adik yang setelkan.

Pegi survey bengkel, kakak n adik jugak. Aku keluar duit je.

Maka, aku dah tak hairan kalau penampakan aku sungguh kebongsuan.

Tak lama lagi adik laki nak kawen.
Can I Cry?



T__T

Friday, September 19, 2014

Fobia itu

Cuti...sebab ada interview.

Yang hancussss.... huhuhu...

Rasa nak tengok wayang. So pegi Citta Mall. Tengok apa yang ada. Decided nak tengok The Purge 2.

Ia adalah cerita tentang satu malam di mana semua jenayah termasuk pembunuhan dibenarkan.
Maka berbunuh-bunuhlah rakyat sesama rakyat.

Dan dalam panggung besar itu, hanya aku dan seorang lagi lelaki yang duduk di hadapan aku.

Sepanjang panjang cerita tu, aku dok terfikir nak buat apa kalau tetiba pakcik depan ni naik hantu nak maen tembak2 ke, ada pisau ke, macam dalam cerita The Purge tu.

Aku Sorok sinilah, pastu merangkak pegi belakang. Or amik beg hempuk? Atau lari tak cukup tanah? Ah! Nyorok paling berkesan kot.

Punyalah terpengaruh dengan cerita tu. Sampai terfikir macam macam.
Sepanjang cerita. Memang suspen. Psycho gak la cerita tu.

Dah habis movie, lampu panggung tak bukak2. Lelaki tu tak bergerak jugak dari seat dia. Aku makin sesak. Toleh belakang.

Cis! Ada lagi 2 orang kat belakang. Buat penat aku cuak je. penat aku cuak dengan cerita, dengan imaginasi berlebihan aku lagi. Choiii!!! Kalau tahu aku bukan berdua tapi berempat, takdelah aku fikir macam macam sepanjang cerita.

Adoiiiii


Ulasan pasal cerita? Aku cuak sebab aku rasa cuak secara realiti juga.
Aku tak boleh bagi justifikasi yang tepat.

Sebab aku memang cuak dan saspen sepanjang cerita.

Sekian




T__T