Friday, September 19, 2014

Fobia itu

Cuti...sebab ada interview.

Yang hancussss.... huhuhu...

Rasa nak tengok wayang. So pegi Citta Mall. Tengok apa yang ada. Decided nak tengok The Purge 2.

Ia adalah cerita tentang satu malam di mana semua jenayah termasuk pembunuhan dibenarkan.
Maka berbunuh-bunuhlah rakyat sesama rakyat.

Dan dalam panggung besar itu, hanya aku dan seorang lagi lelaki yang duduk di hadapan aku.

Sepanjang panjang cerita tu, aku dok terfikir nak buat apa kalau tetiba pakcik depan ni naik hantu nak maen tembak2 ke, ada pisau ke, macam dalam cerita The Purge tu.

Aku Sorok sinilah, pastu merangkak pegi belakang. Or amik beg hempuk? Atau lari tak cukup tanah? Ah! Nyorok paling berkesan kot.

Punyalah terpengaruh dengan cerita tu. Sampai terfikir macam macam.
Sepanjang cerita. Memang suspen. Psycho gak la cerita tu.

Dah habis movie, lampu panggung tak bukak2. Lelaki tu tak bergerak jugak dari seat dia. Aku makin sesak. Toleh belakang.

Cis! Ada lagi 2 orang kat belakang. Buat penat aku cuak je. penat aku cuak dengan cerita, dengan imaginasi berlebihan aku lagi. Choiii!!! Kalau tahu aku bukan berdua tapi berempat, takdelah aku fikir macam macam sepanjang cerita.

Adoiiiii


Ulasan pasal cerita? Aku cuak sebab aku rasa cuak secara realiti juga.
Aku tak boleh bagi justifikasi yang tepat.

Sebab aku memang cuak dan saspen sepanjang cerita.

Sekian




T__T

Tuesday, September 16, 2014

Always Abah's little girl

Aku rindu abah.
Abah yang aku boleh gaduhkan, menjawab semua soalan dan kenyataan.
Abah yang suke tepuk kepala bila aku asyik menjawab je, nak cubit dah besar panjang kan.

Aku nak jadi abah's little girl lagi.
Nak adu pasal keje, pasal bos.
Nak cerita pegi sana, pegi sini.
Nak berlawan lagi.

Tapi I need to push myself, to be someone who he can depend on.
Its his time now.
Aku tahu dia tak suke rasa kebergantungan pada orang lain.
Betapa dia rimas rasa perlukan bantuan orang lain.
Sebab selalunya dia yang bising kehadapan pimpin kami2.

Dah tak ada abah yang dulu. Itu satu fakta yang amat teramat pahit untuk aku telan.
Sebab I'm still his little girl.
And this little girl, need to grow up.

Need to accept this.
Its OK abah, as long as I can see you, its enough.

Just, this situation breaks my heart, so much.
I even cant talk with you through phone.

"Ikut suka hati Ana lah"
That give up sentence from you, untuk anak degil ini, lama dah tak dengar, bah.


And thanks to this feeling, hati aku rasa kebas dan bebal untuk rasa apa2 rasa yang lain. Di dump 10 orang pun, sudah tak rasa apa. Sebab aku rindu abah aku lebih lagi.


Boraklah, 'gaduh'lah with your precious one. Selagi boleh.



Pray for me, pray for us, pray for our strength.



Abah, Ana rindu abah.....



Monday, September 8, 2014

Projek 2014

Mata memandang depan. Skrin biru, 2 minit berlalu, pandangan masih kosong.
Jari rancak bermain sesama sendiri. Seakan berfikir satu yang serius. Isu apa?
Mata berkelip, 5 minit berlalu. Masih dengan pandangan kosong.

Bibir diketap. Kosong, sungguh kosong pandangan itu, sekosong pemikiran.

"Hoi! Menung apa? Jauh sangat nampaknya" Sergahan Azah gagal mematikan pandangan kosong itu.

"Psssttt... Kak Sal, dah kenapa budak ni?"

Salwa menjungkit bahu Tanda tidak tahu.

"OPOCOT MAK KAU SIHAT TAK?!" Zura tangkas bangkit dari kerusi. Pipi bertukar jadi merah padam. Terasa berpasang-pasang mata memerhati, dengan aura ingin tahu yang kuat. Apa yang kecoh pagi Isnin ni?

Haish! Budak Azah ni kannnn!!!

"Kau ni Azah! Dah tahu aku ni kuat melatah, kau cucuk pinggang aku tu kenapa! Naseb baik aku tak pegang pisau ke.... naya je kita nanti nak jawab dengan boss kes industrial accident tau! Tak reti bagi salam?" Bebel Zura panjang, separuh berbisik. Mata tajam memandang Azah.

"Sekali mak nenek ni membebel...huiiii....panjang dia~~!!! Sempatlah aku jogging satu round Tasik Shah Alam tu."

Azah mencemik, lantas kerusi kosong di sebelah di tarik dekat. Hmmm...Ira tak ada lagi harini. Eh, memanglah tak ada, cuti bersalin.

"Berangan lah ko jogging. Jalan 100 meter pun dah mengah nak minum air tebu satu jug. Ada hati nak jogging. Sudahlah kau!"

"Hah! Itu maksud aku. Bayangkanlah kalau aku jogging. Lama gila-gila kan, macam lambat gila nak tunggu aku habis pusing satu taman. Macam tu lah panjangnya kalau kau bebel. Penat tau!"

"MENJAWAB! Eeeiii!!" Satu cubitan kecil tapi berbisa singgah di peha Azah.

"Hoi, sakitlah"

"Asal tak jerit kuat lagi. Baru kau tahu level malu aku tadi tahap mana. Suka hati je cucuk orang"

"Memang tengah suka hati pun. Hahaha!!! Babe, aku siap sergah kau kot tadi. Menung jauh... sampai aku sergah pun tak sedar. Tak percaya, tanya Kak Sal"

Azah melambai Salwa, meminta persetujuan atas kenyataan sendiri. Salwa mengangguk malas. Azah senyum puas hati.

"Kau, kenapa? Gundah gulana tak jumpa abang handsome ke?"

Zura memandang Azah, kosong. Tangan mencapai pensel tekan. Di tekan berulang kali, kepala ditunduk memandang lantai, bibir diketap.

"Sudah...kenapa ni, Zura? Nak kata sakit kesan aku cucuk tadi, aku dah potong kuku, dah tumpul jari aku ni. Tengok." Lawak hambar Azah disambut dengan pandangan kosong Zura. Azah mengeluh. parah budak ni. Tak pernah jadi macam ni. Kenapa tiba-tiba pagi Isnin jadi begini?

"Aku Monday Blues" Jawab Zura perlahan. memalingkan muka memandang skrin biru. Tak bergerak. Statik begitu.

"Tak payah bohong. Nak aku tanya Syarif ke? Gaduh ngan abang handsome ke macam mana ni?"

"Azah.... Babe, Syarif dah tak handsome"

"Hah?! Kemengarutan apa kau repekkan ini?"

"Babe, Syarif.... Esok anniversary kitorang. Tapi dia.... dump aku malam tadi"

Diam.


To be continued....... if I rajin yaw


*Kisah ini, separa benar, separa fiksyen, separa khayalan, separa harapan.




Saturday, September 6, 2014

Random Fakta

Dear 30 years old Yana Sahri, this is you when you are 27..... OH MY!!!! Lagi 3 tahun je kot nak 30! Tak payah nak dear dear sangatlah!

T__T

Anyway, lets thinking...

1) Ramai orang cakap aku ni kalau bercakap, terlebih yakin diri. Salah fakta pun muka confident habis. Actually, aku rasa perkara yang salah itu adalah betul di saat aku berkata, maka berbekalkan keyakinan yang jitu itu, aku suarakan perkara itu dengan penuh yakin. Hahaha!!!


2) Selalu ada masalah kosa kata, tatabahasa. bahasa apa pun.... pasti salah. Dalam otak macam scrabble yang tak tersusun. Imej kat otak belah kiri, huruf berterabur kat otak sebelah kanan. Contoh la ni! And thats why aku selalu salah.....ini analisis dan hipotesis sendiri. Tolong yakin dengan aku


3) Weakness? Public Speaking. Interview OK. Public speaking is a big NO NO! Tak tahu macammana nak control suara terlebih sedih macam nak nangis bila bercakap depan orang ramai. I just dont know how. Sigh...


4)  Dahulunya, sangat gayat. Dah overcome setelah beberapa siri cabar diri sendiri


5) Tak suka mesej dengan orang tak kenal. Dengan orang yang rapat betul2 rapat je aku boleh mesej tak berhenti. Merapik sana sini. Maka, SEKIRANYA aku yang mula mesej dulu, no reason, just say hi tanye khabar.... its a sign that you are 'somebody' to me. 


6) Saya bukan perempuan kategori planet Marikh. Planet Pluto mungkin. Dah berapa orang dah cakap camni. Termasuk suatu-yang-pernah aku.Entah

7) Sangat suka berdialong dengan diri sendiri.


8) Mimik muka natural adalah masam dan garang. Thats why...


9) Cant hide my emotion. Akan terserlah kebencian aku ke, kegembiraan aku ke. Memang tak pandai sorok. People will know


10) Overreacting. Kalau happy, sampai tergelak, bulat mata aku kegembiraan tak terbendung. Thats why some people suka buat aku gembira kot, sebab respon aku sedikit over. Pernah bos bawak makan pizza masa course kat Yamaguchi, aku makan dengan gile2 happy sampai bos order lagi 2 pizza. Hahaha!! 


11) Bila aku marah, tak ada orang yang takut sebab orang tak tahu aku tengah marah   T__T
Langsung tak garang. Bukti aku lemah lembut. Bahahaha!!!

12) Manja dengan adik adik sendiri.  Maybe sebab tu ramai nampak aku sebagai "bongsu" padahal aku ni kakak kepada 7 adik woi!


13) 4 tahun duduk Jepun tapi tak suka japanese food sangat... big fan of takoyaki though


14) Sangat suka layan movie based on true story. 


15) Prefer cartoon over action movies.


16) Aku pernah sungguh2 suka (fell in love) with Daniel Radcliffe. Orang fikir aku just a fan of him. But nope. Aku suka giler! Siap ada diari Dear Dan lagi aku tulis untuk Daniel and bersungguh nak pos pada beliau. Terima Kasih Ya Allah tak menemukan alamat Daniel Radcliffe. Malu gile bila ingat kegilaan dulu. Sebab tu aku tak ada crush dengan mana-mana lelaki senior junior sebaya masa sekolah menengah. Because of Dan. Hahahahahah!! OMG!!! Gelak golek2


17) Suka gile ayam dan Coklat perisa Oren! Tak suka cendawan and unagi sebab teksture yang pelik


18) Pernah cita-cita nak jadi penulis novel. HAHAHAHAH!!! Gelak lagi!


19) Sangatlah cerewet hal pakaian dan accessories. Sangat!


20) Suka Menjawab. Thats why..... JUGA suka tanya benda pelik tiba2. Apa maksud bagan? Kenapa "laju macam pelesit",  bukan "laju macam cheetah"? Cheetah kan haiwan paling laju. Laju macam cahaya ke.... Ya..... walaupun suka menjawab tapi banyak juga soalan yang sendiri tak reti jawab.


Soooooo......how about you 'now', 30 yo Yana Sahri? (Yana Sahri yang lebih tua 3 tahun?)


Oh best gile ade blog tak ada pembaca ni!!!



Friday, September 5, 2014

Dah nak Oktober!

Asalnya...

Mahu tukar kerja bulan April lagi.
Tapi...
entah....
Takkan kerja sini sampai tua?
Tak mahu!!!!
Aku penat kerja begini.
Andai bos dah tak kerja sini, senior berhenti,
Menggagau aku cari semangat.

Mamat hensem tak matang tu pun tak mampu bagi semangat.

Tolonglah Yana Sahri
Tolonglah
Cari kerja baru please......

Suami taknak cari ke?
Penat.... penat.... hati aku dah penat
Aku nak bagi hati aku rehat

Maaf sungguh pada yang cuba hadir saat hati penat
Bukan putus harap ...... urmmmm.... kot
Cuma penat dan mahu rehat

Serba tak kena menjelang Oktober
Bulan paling aku tunggu sebab birthday sendiri beb!
Bukan harap big celebration daripada orang lain. Tak.
Ucapan birthday pun tak harap.
Just..... itu hari aku benarkan segala apa yang diri ini mahu.
Aku benarkan untuk diri sendiri rasa apa nak dirasa.

Entah....

Excitedlah setiap kali menjelang Oktober. My favourite month.


Tahun ni..... Yana Sahri mahu apa?
Nampak tak eksaited sendiri?
Belum pun Oktober dah fikir hadiah sendiri.
Hahahaha!!! Kasi can la.......

Next Entry nak cakap pasal 20 fakta tentang seorang Yana Sahri. Hehe