Saturday, March 29, 2014

Rupa-rupanya

Dulu....aku rajin sangat update status kat facebook. Cerita la pasal aku ke anak sedara ke, sengal ngan housemates ke...

Sebab

Aku fikir dah tak ramai aktif facebook. Maka aku bahagia berenang-renang awangan mengupdate status dan gambar.

Rasa macam yang aktif facebook sekarang mereka2 yang OK dan rapat dengan aku. Tak adalah nak rasa annoying kot.


Tiba-tiba

Baru baru ini, baru aku tahu kenapa yang aktif di facebook tak ramai, dan yang aktif pun kongsi benda yang berfaedah.

Patutlah

Sebab aku HIDE ramai orang. Memang patut timeline tak semeriah dulu

Sebab aku HIDE

Malunyeeeee...huhuhuhu


Sunday, March 23, 2014

Clumsy me


Daripada tahun lepas, aku menyimpan hasrat nak tukar purse baru.
This time, I don't care how much it will cost me.
As long as it is reasonable and adorable.
Bapak la susahnye nak cari purse bagi seorang cerewet seperti aku ni.
Sendiri pun terasa seksanya.
Maka saya kasihan pada sesiapa yang terkena tempias kecerewetan saya ini.
Ampuni gue.

Suatu hari, telah ku ketemu purse idaman hati.
Slim, vibrant color, unique, simple, easy-to-use
like....THIS IS WHAT I WANT!

Maka, terus grab and bayar. 70% discount
Maka cuma jadi RM70.
Alhamdulillah. I love SALE!

Kemudian, nonton wayang....Labor Day. Korang download tengok kat umah sudah~~~
Part last2 je best sebab ada suspen sikit.



Labor Day tamat.
Yes...akhirnya tamat jua.
Maka bangun dr seat panggung dan keluar.
Tak rasa apa2.
Cumanya, tak lama lepas walked out dari panggung...

"EH! Aku lupa shopping bag aku lah. Jom pegi panggung balik"

Maka, dengan penuh pengharapan, kembali ke panggung.
Orang tu carikan, x jumpa.
Aku masuk pegi cari sendiri....
Pun tak jumpa
Heart Broken.
It's gone.......
Purse idaman hati sudah berpindah tuan.
Tak sampai lima minit pun, hilang.
Oh, manusia.

Salah aku ke? Tertinggal shopping bag dalam wayang?
Salah aku ke? Orang yang ambil sesuka hati tu tak salah?

Lepas hilang tu, aku terkedu. Geram dengan diri sendiri ada, dengan orang yang mengambil tu lagi la banyak.

"Ko ni, tak sedih ke?"
"Nak aku reaksi macam mana lagi?"
"Buat la..eee geramnya..huhuu... ke. At least, bagilah aku rasa yang kau ni normal sikit"
" Kalau aku nangis, kau boleh buat apa? Boleh jumpa purse tu balik ke kalau nangis? Tak, kan? So, tak perlu membazir perasaan."

Padahal dalam hati membara, Allah je yang tahu. Huhuhu

Mungkin sebab banyak kali hilang barang, aku dah boleh control diri. Control reaksi. Dalam hati gelegak marah tak hengat. Muka je tak tunjuk. Don't worry, I'm normal  ;p





Oh! Sebab berkenan sangat, aku pegi kedai tu lagi dan beli lagi satu. The last one.
Alhamdulillah.

So, actually aku beli 2 purse tapi dapat satu je.

Ah! Tak kire! Purse aku harga RM140. Tak kire~~!!!


T__T




Aku pernah tertinggal purse, penuh IC segala jenis card dan duit yang baru keluar dari ATM di ITO YOKADO, Hazama, Japan (Shopping centre). 2 kali. Dah sampai rumah baru perasan.
Dan alhamdulillah, purse aku disimpan rapi
Malah, masa aku nak ambil balik purse tu, dia tanya macam2 pasal purse tu.
Warna apa? Ada isi apa kat dalam? Duit ada berapa? Ada kad apa?
Padahal dalam tu ada alien card (ala2 IC) dan student card yang ada gambar aku.
Still nak verify.



Wednesday, March 19, 2014

Told you...It will never be the same again. Treasure it!

"And that how it goes, kids. The friends, neighbours, drinking buddies and partners in crime you love so much when you're young, as the years go by, you just lose touch.

You will be shocked, kids, when you discover how it is easy in life to part ways with people forever.

That's why when you find someone you want to keep around, you do something about it."
-Ted Mosby, How I Met Your Mother, Season 9 Episode 21



T__T

Saturday, March 15, 2014

Nak cari hati

Once, aku pernah terfikir untuk deactivate facebook.
Sebab..... aku macam tak berapa nak update sangat rasanya dalam tempoh tu.
Tengah krisis identiti
Tapi, sehari tak bukak facebook, aku rasa x senang duduk.
Sebab, tak ada akses ke bahan bacaan best.

Facebook

Satu cara yang membolehkan aku ke website yang best untuk dapatkan apa-apa info.
Alhamdulillah kawan kawan facebook ramai yang kongsi website best, artikel best.
Banyak info dapat.
Ulat buku, kaki membaca macam aku ni memang tak senang duduk kalau tak baca walau 1 artikel dalam sehari. Newspaper dah lama byebye. Bilanya aku nak pegi membeli? Kan?
Nak godek2 sendiri website best, makan masa yang lama. So, klik je ape yang orang share.
Easy peasy.
Bila dah buntu sangat, solution aku, pegi Yahoo homepage terus. =)

Twitter.

Korang nak tahu tak yang Twitter actually lagi best daripada Facebook, IF you follow the right person lah. From Twitter lah aku tahu perkembangan terkini, semasa dan terhangat.

Ade orang kata, ko main twitter lagi ke? As if it is lame.
Ko tak follow orang yang best memang bosan la bhai! Meh aku cadangkan beberapa orang untuk di-follow.

1Obefiend - paling aktif kat twitter. Akan SENTIASA ada dia di timeline. Die akan ulas macam-macam isu and bagi pendapat dia. Perspektif dia terhadap sesuatu isu/perkara kadang kadang sangat lain daripada aku. Dan aku memang suka bila jumpe perspective-clash ni. It makes me think again. Tweet yang kau tak setuju tu kau scroll je lah.

harryfear - activist yang beritahu perkembangan tentang GAZA. Follow beliau sebab ia berita dari sudut pandangan seorang yang bela GAZA atas dasar kemanusiaan. Might different from us.

imammudaasyraf - Hok ni memang rajin jawab soalan orang. Soalan serius ke, sempoi ke ke sengal ke... rajin jawab. Tambah la ilmu sikit

realDrMAZA - Tak tahulah ada admin or memang jari Dr MAZA yang tap sendiri. Tapi banyak utarakan pendapat tentang isu semasa. No need to read newspaper yaw! Dia update tentang isu terbaru.

muarrikhun - Ust Hasrizal, penulis blog SaifulIslam. Seorang yang tahu sejarah maka gurau bukan makanan dia. Sentap juga bila dia tegur kita menjenakakan sesuatu yang patut kita marah-kan. Huhu

Kahirykj - Rajin tweet. Pasal politik, isu semasa, bola, personal dll. Beliau juga seorang yang sporting dan ada sengal tersendiri rupanya.

n_izzah - NURUL IZZAH kotttt!!!!! banyak politik lah.

rdzaminhat - Artis? Yes! Aku baru follow. Surprisingly, his way of thinking is amazing. Kadang-kadang bicara tentang industri, kadang semasa. Best!

huzaifah - tak kenal pun dia siapa but dia pun banyak utarakan pendapat. Haritu dia bagi property tips. Follow je lah.

hadiharhar - Baru je follow. Pun beliau suka ulas isu semasa which is very good. Tak payah aku baca paper.

_TheJebs - orang ni kelakar owh tweet dia. Ade je akal dia nak bagi aku sengih sorang2 tengok handphone. XD

HanisZalikha - dah jarang tweet. Dulu selalu tweet lucu2. Takpe, kita follow jugak. Beauty with brain.

Banyak lagi tapi ini yang rajin tweet dan selalu lontar pendapat.
Serius, twitter ni, kalau follow orang yang best, otak kau pun tak relaks masa baca. Kadang kadang berpusing berpusing fikir balik pasal isu tu.
Ada tak orang yang best untuk aku follow?
Meh bagitau meh.

Sunday, March 2, 2014

Thats life!

Kita takkan selalu dapat apa yang kita nak
Yang kita nak tu takkan selalunya baik untuk kita

Maka serahkan pada Dia Maha Pencipta
Aman selalu dengan apa yang ada
Tanpa putus asa
Kejar apa yang dicita


Hidup takkan selalunya ceria
Pernah kau dengar orang berputus asa yang berjaya?




Kenapa nak kecewa bila itu yang kau minta?
Mungkin sebab, itu rasa yang sepatutnya
Rasa yang kau tak boleh halang
Tapi kau boleh hilangkan

Semoga bangkit kuat




Banyaknya nak aku repekkan
Haha!!









Soalnya hati....sukar dimengerti....

Saturday, March 1, 2014

Ubat tido

I'm sorry
Aku kalau dah suka satu lagu tu, memang suka ulang2.
Sekarang....
Let Her Go by Passenger

Tak tau lah kenapa....
Maybe sebab melody and lirik dia yang ala-ala menyesal kemudian tiada gunanya.

Tapi
Melody lagu tu yang mendatar,
Buat aku akan rasa aman sekejap

Every night....
If tak boleh tidur, aku akan bukak lagu ni ulang2
Paling banyak...3 kali ulang kot
Terus tertido
Lagha betul
Ha ha ha......
But it works....so, layankan aje lah



Bila tgk Sungha Jung main gitar lagu ni, terus aku idamkan nak ade sorang mainkan live depan aku.
Apa lagi, meminta adik and sepupu belajar chord lagu tu la
Sebab diorang je yang aku kenal reti main gitar



And
Aku gile happy bila adik aku update status he is studying the chord
Gile happy!
Tak sabo tunggu dia terer
Then boleh dengar live


=)


Jangan dia berenti tengah jalan sudah. Daku kechiwa nanti =_="