Wednesday, August 6, 2014

Buat dengan kefahaman

Prinsip aku

To gain something, must lose something.

Sama macam boikot. Kita tahu, ia akan bagi kesan pada beberapa orang yang terlibat secara langsung dengan perniagaan itu.

Pekerja-pekerja McD, akan hilang pekerjaan sekiranya McD terpaksa ditutup.

"Banyak lagi kerja lain"

Senang cakap, walhalnya tidak semudah sebutan.

Nestle, apa kamu mahu cakap bila salah seorang ayah rakan kamu itu pekerja di Nestle?

Tak perlu kutuk, tak perlu lantang utarakan kamu benci Nestle, boikot Nestle. Buat diam2 sudah.

If kilang Nestle di shah alam ini tutup, berapa banyak pula penganggur yang bakal dilahirkan. mencari dan membina suatu pekerjaan lain itu, bukan semudah sebutan.

Hewlett Packard lingkup, dan beberapa lagi syarikat.

TAPI

Macam aku cakap tadi, To gain something, Must lose something.

Maka, aku memilih untuk boikot sebab aku tak mahu lagi duit aku jadi saluran si pembunuh.
Aku memilih mahu selamatkan NYAWA manusia, NYAWA kanak2, NYAWA saudaraku.

Mereka yang terkesan mungkin berhadapan kesukaran nanti, tapi itu nanti dan inshaAllah tidak mati oleh senjata phosphorus, peluru bercabang, roket besar. Susah mungkin.

Moga Allah membantu. Rezeki itu Allah yang bagi.

Makanya, bila ada yang tidak memboikot, aku faham mengapa. Mereka fikir masa depan saudaranya juga, mungkin. Saudaranya yang ada di tanah air sendiri. Sebab dulu aku juga begitu. Jangan marah, cuma minta mereka lebih faham pilihan boikot itu atas apa.

Kan aku selalu cakap dulu....

Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihan itu hak kita.

Pilihlah!