Tuesday, October 28, 2014

Jatuh cinta

7 Tahun lepas.... Aku dah jatuh hati, tangkap cintan sama 'dia'

Aku macam dah ter-enchanted la dengan 'dia'

Lepas tu, tahun lepas pergi jumpa 'dia'

Masih cantik, langsung tak berubah. Jatuh cinta buat kali kedua. Makin suka pulak tu.

Lepas tu Weekend baru ni pergi semula jumpa dia. Aku ingat sembuh sikit la parah gila aku pada 'dia' ni, sekali makin haru adalah. Semakin suka, semakin jatuh cinta sebab 'dia' sangatlah teramatlah cantik.

Tapi apakan daya, 'dia' bukan aku punya pun. Menumpang aje. Muka langsung tak reti nak tahu malu, bertandang macam tu, Huhuhu..... Tapi kalau dah jatuh cinta, rase malu semua dah lupa. Bila dah lepas rindu, baru la rase menyesal sebab gile muka tak malu menumpang. Moga tak memalukan mak abah di kampung atas kelakuan anaknya ini.

Dia = Sawah scenery dekat rumah nenek Hana. Sekarang dah jadi sawah scenery di kampung halaman @ rumah family Hana sebab dia dah pindah rumah baru kat situ.




Sawah dekat taman perumahan Bagan Serai tu pun aku suka gak. Lagi2 tang pokok nan sebatang tuh. Pergh! First time datang dulu, bersinar mata aku tengok. Melekat terus dalam otak dan hati.

Tapi yang dekat rumah Hana yang sekarang ni memang...MEMANG.... aku giler2 suka. Tahun lepas pergi menyinggah satu malam, dah bikin aku mimpi 5 hari straight pasal area rumah nenek Hana tu. Sampai aku terfikir, aku ni kena sampuk ke hape ni? Hahahaha!!!


Weekend baru ni, pantang diajak, tak ada hal hujung minggu memang Ya Allah, tak tahulah malu masa tu campak ke mana. Ikut jugak minah ni balik kampung. Memang puas hati giler! Dapat kayuh basikal round sawah. Dapat cop mohor kat lutut tau!.... hurmmmmm...kite terjatuh beskal sebab kaki tersangkut masa nak turun. HAHAHAHAH!!! Dah beso panjang pun boleh jatuh beskal.


Muka tak malu jugak, duduk lepak dekat berandah tepi rumah Hana menghadap sawah. Ya Allah! Sedapnya angin bendang, tengok burung2 dan bangau2 riang berterbangan. bersepah kat langit diorang terbang. Subhanallah, MashaAllah, Allahuakbar. Cantik sangat, best sangat!

Muka tak malu jalan2  atas batas. Yang dekat depan umah beliau saja. Aku nak round pi bendang sesorang, Hana tak bagi. Naseb baek la ade Ina sanggup meneman dan melayan gilanya aku ni. Kalau tak, memang batas sawah pun tak terjenguk kot. Tsssskkkkkkkk....


Ingatkan lepas dapat lepas rindu sekali, dah okeylah, sekali aku lagi lagi lagi rindu ni pasaipa?

Balik2 terus dok godek Homestay dekat sawah padi area Selangor. Jadilah. Tak kira! Aku heret je sesapa nanti stay satu malam kat mana2 Homestay. Ceq dah malu tahap gaban pakai 5 lapis topeng da nak gi umah Hana ni. Sekali setahun cukup la. Sekali setahun pun rase macam dah segan gile2 dah ni.


Aku nak jugak ada rumah tepi sawah. Nak jugak! Tak kira! Nak cepat, kawen ngan orang yang rumah dia tepi sawah. Kat rumah Hana aritu nampak la bebudak main2, aku rase rumah depa tu yang tepi sawah tu. Tak tertanya la plak ade abang ke tak. Haishhhh...OMG!!! Kegilaan apakah ini?


Note : Hana, kalau ayah ko jadikan rumah lama homestay, aku nak sewa satu malam, pakej sekali ngan beskal eh. Ok Bai

Note : Aku pernah terlupa word 'sawah padi'. Dalam usaha aku nak me-recall perkataan tu, yang terkeluar dari mulut adalah 'ladang beras'

OK BYE. My brain is funny. OK BYE

Monday, October 27, 2014

Pesan pagi

Sebelum ke kereta untuk ke kerja....

Macammana kau boleh bersikap batu?
Sekeras batu? Se tak peduli itu?

Soalan yang aku dapat.

Sebab aku blur kot...hahahaa!!

Ada kelebihan kalau blur ini...

Satu je,

Jangan buang masa rasa tak bahagia disebabkan orang yang entah siapa2.
Siapa dia untuk halang aku rasa bahagia?
Siapa dia?
Siapa?

Dia tak siapa2 pun pada aku.
Dan aku selalu ingatkan diri aku tentang itu.

Tak pernah berjasa, maka siapa dia untuk halang aku terus rasa bahagia?
Buat bodoh sudah.

Monday, October 6, 2014

I always wondered

Aku...kalau aku bagitau orang aku ada 7 adik, selalu reaksi terkejut aku dapat.

Bukan sebab terkejut kerana ramainya adikku. tapi terkejut sebab betapa aku langsung tak nampak seperti seorang kakak. macam si bongsu adalah. Takpun orang yang tak ada adik yang jauh jarak beza umur.

perasan awet muda sekejap...kahkahkah!!!

Aku macam.... tak cukup ke-kakak-an kah aku?

Fikir...fikir, maybe sebab aku ngan adik-adik macam kawan sebaya.
Sebab aku manja dengan adik-adik.
Sebab selalu harap pada adik-adik.
Apa-apa pun, rujuk adik-adik.

Pilihkan baju ke, tudung ke, adik2.
Hal2 kereta, tukang, letrik, juga harapkan adik2.
Hal cintan cintun pun consult ngan adik2.

Adik2 harapkan duit je dari aku. Kahkahkah!!!

Pagi raya, cermin kereta pecah. Aku gamam. Stress sekejap, masuk rumah balik, diam duduk dalam bilik.

Keluar bilik, tengok kereta, adik2 dan akak aku yang dok belek cermin kereta, balut tak kasi berderai.

Masa tu aku tersentak, betullah, aku manja. Hal kereta sendiri... tapi akak ngan adik yang setelkan.

Pegi survey bengkel, kakak n adik jugak. Aku keluar duit je.

Maka, aku dah tak hairan kalau penampakan aku sungguh kebongsuan.

Tak lama lagi adik laki nak kawen.
Can I Cry?



T__T