Friday, November 28, 2014

Semut

Manager : Yana, awak ingat Part Nombor foil ni?

Aku : Ini? Kenapa dengan foil ni?

Manager : Kan kes foil break dulu. Tukar foil yang ini. Foil break jugak.

Aku : Ooooo.... lupa la

Manager : Lupa je awak ni! Apa yang awak ingat?! Banyak makan semut ke asyik lupa je

Aku : Hmmmm....tu la pasal....  banyak jugakla saya termakan semut....

Manager n others at meeting table : Krik krik krik..... smileee

Manager : Awak dengar tu Man? Boleh pulak dia. Eeeeiii!!! Gerammm je saye tengok awak ni tau!

Aku : Huh?!








Seriously aku dah penat gile tadi, Sample bertimbun, tetiba production buat hal.

Maaflah, tak berniat nak membuat sebarang sengal. Aku malas layan.

Ha ha ha ha...

Ok pe, manager factory tak jadi marah. Senyum kan comey

Sunday, November 16, 2014

Amayzing brain

Aku > Hah! Aku suka lagu ni
Ina > Sape nyanyi?
Aku > Noh Hujan
Ina > Tajuk?
Aku > Taufan
.........*chorus muncul*......
Aku > Eh! Salah! Angin kencang! Hahahahah!!
Ina > Dia sinonim kan tajuk lagu pulakkkkk.....


Well, aku MEMANG ada masalah bahasa. Tapi dah besau gini, and asyik di point out oleh orang sekeliling, aku jadi risau. Time meeting pun words hilang. Paling aku pelik, ya...aku sendiri pelik, word 'HQ' pun aku tak ingat. Aku just ingat huruf 'Q' je. So...macam2 aku try padankan. IQ, TQ....
Aku stress. Hahahaa!!

Sebab stress, aku pun google la, masalah aku ni.

Hasilnya, aku memang ade language disorder.  MAYBE ada mild expressive dysphasia. Dekat otak, bhagian language, ada sedikit abnormal. Either sbb hentakan, stroke (most of the case) or pembentukan tak sempurna. 

Lambat cakap masa kecik. Sampai umur 5 tahun, bahasa kita, aku pelat. Mak kata aku pelat kronik. Langsung tak paham. Aku cipta bahasa sendiri. Mak aku guna mother instinct je nak paham aku. Hahaha!! Sindrom no 1

Lambat baca and menulis. Apa2 bahasa pun aku memang lambat nak catch up. Sindrom nombor 2

Ketiga, aku tahu apa aku nak cakap tapi cant find the exact word. Hanya ingat satu atau dua huruf. Kadang2 langsung tak jumpa. Aku akan cakap sinonim perkataan tu atau describe 'benda' tu secara panjang lebar. 

Road tax : Alaaaa... yang kita renew tiap tahun tu. Tampal kat cermin kete. Ade kaler2.

Kuih ketayap as kuih kopiah.

Billiard jadi Billboard.

Kadang2 langsung tak ada maksud atau maksud lari terus. Just slipped from my tongue. Dan aku sedar atau tidak salah aku tu.

Itu yang aku google la. Tak tau lah exactly macam mane sebenarnya. 




Nak tahu kesahihan 'sakit' ni, kena MRI otak. Or jumpe pakar. Tak kuase aku. heh!

Its not really bothering me actually. Cuma.....

"Macammana aku nak jadi lecturer kalau macam ni?"

And thats bring me down. down. down.

Jadi cikgu tadika la camni. Hahahaha!!


Nak sembuh boleh, speech therapy je. Tapi....kalau sembuh, aku dah takde joke untuk aku gelak sendiri. 



Google juga beritahu bahawa orang2 begini akan rasa rendah diri dan hilang keyakinan. Hmmmmmm........ encik google, cara nak overcome tu, just laugh at yourself. Your brain makes jokes to tickle itself. Toksah malu lah. 

 

Tuesday, November 4, 2014

Kenapa?

Kenapa....... Cinderella nak balik cepat..... tapi bila Prince tu datang, tak segan pula berusaha tunjuk muka. Kan senang dari awal lagi tak lari daripada majlis tu. 

Kenapa..... aku tak boleh tido ni??? Esok keje mengantuk bertimbun weh