Tuesday, February 25, 2014

Penguin cicak

Masa darjah 4
Cikgu sains bagi soalan
Kitorang jawab then bagi kawan tanda
Siapa salah soalan yang kurang daripada sepuluh orang salah, akan dicubit.
Ya, masa tu guru2 masih diberi peluang merotan dan mencubit.
Abah siap sediakan rotan khas untuk anak2 dia, lagi horror daripada rotan cikgu yang ada.

Sebab rotan abah tu perit wa cakap lu~~~~ hujung dia berbelah.
Sekali PAP! macam 4 kali kena rotan sebab belah2 rotan tu mngepit isi tapak tangan
Perit2.

Terima kasih cikgu pilih hukuman mencubit.

Anyway
Sampai soalan ni

Antara haiwan berikut, yang manakah tidak berbulu:
a) penguin
b) arnab
c) kucing
d) cicak

Lebih kurang macam ni lah soalannya. Yang pasti ada pilihan cicak dan penguin.


"Siapa yang kawan dia salah angkat tangan"

Ada sorang je budak angkat tangan. Sorang je....kawan aku

"LIYANA, CIKGU"

Perlahan-lahan aku bangun.......Satu kelas pandang. Cikgu datang tengok jawapan aku apa.

"Cicak berbulu ke liyana????? Cicak kat rumah awak berbulu ke???" Sambil cubit perut aku. Sakit tak rasa dah sebab aku malu dan terkejut dan konpius!


PENGUIN BERBULU???? PENGUIN BERBULU????

Balik rumah terus cari gambar penguin. Licin je, xde bulu.
Aku takut cicak so tak pernah tengok dekat2. Maka tak kompem la die berbulu ke, bersisik ke.
Imej dalam otak aku, possible kot cicak berbulu. Bulu2 halus............... bole imagine?

Dan setelah diyakinkan oleh buku2 rujukan dan kakakku serta kawanku, aku terima penguin berbulu.
Setelah beberapa lama, baru lah ternampak gambar anak penguin yang macam pakai kot bulu beruang.
T___T

Mulai saat itu, aku tak pernah lupa yang penguin berbulu dan cicak tidak berbulu


Monday, February 24, 2014

Merajuk

Sedih la

Telefon pintar saye tetibe merajuk buat hal.

Saye bosan

Saye nak bebel kat whatsapp jugak

huhu

Takpelah...merasa lah hidup tak bertelefon kejap.

Thursday, February 20, 2014

Kelu Lidah

Sembang kosong dengan officemate...

Aku : Kak fara.... haritukan, mase kitorang pegi kedah aritu, kitorang pegi ni...ala....ape name..... yang ada monumen2 bersejarah tu. Batu bata warna merah

Kak Fara : Aaaa....Tau2. Ala...ape yek....hmmm.....hah! Candi!

Aku : Hah tu die! Candi! Saye pegi masuk kat dalam kawasan berpagar tu. Ingatkan boleh masuk. Siap pijak posing2 lagi tengah2 candi tu. Hahahah!!!

Kak Fara : Nasib ko tak kena ape2.

Aku : Kitorang tak tau pun tak boleh. Pagar terbukak kot. Eh, tak puas hati la. Ape name penuh tempat tu eh?

Kak Fara : mmm...

Aku : Hah! Candi Lahad Datu!

Kak Fara : Hah?! Lahad Datu?!

Aku : Eh...tu kat sabah eh

Kak Fara : Lembah Bujang laaaa~~~~

Aku : Ha ah la..... HAHAHAHAHAHAH!! 

Explanation : Aku ingat tempat tu ada dua patah perkataan....dan ada huruf 'L'.
                       Kan pernah cakap dulu, my brain is funny. XD




Wednesday, February 19, 2014

Suara katak

Apa kau rasa bila lagu favourite korang, yang korang selalu nyanyi..
Nyanyi tatkala di dapur
Nyanyi tatkala bosan
Nyanyi tatkala ngantuk bekerja di meja opis
Nyanyi bilamana korang suka

Dan lagu itu di-spoilkan oleh rakan2 anda

Begini

Satu hari aku nyanyi lagu ni, aku memang selalu nyanyi lagu ni, humming lagu ni. Favourite lah. Tapi suatu hari tu....aku nyanyi didengari sahabat2 bertuah

"Ku bermimpi, engkau berlari, dengan tenang kau berkata...."
"KAHKAHKAHKAH!!!" - Gelak daripada 3 sahabat bertuah
"kembali-lah...bukan berlari! Kahkahkah!!!"

Mencik tau!

Tatkala sungguh menjiwai lagu di-spoil-kan pula
Sampai sekarang aku tak boleh nak feeling bila lagu tu nerkumandang. Nak humming ke nyanyi ke tak boleh jugak. Mesti tergelak.

Tergelak sebab....sahabat2 bertuah tu bukan setakat men-spoil-kan lagu aku, tapi mem-parody-kan lirik salah aku dengan begitu cemerlang.

XD

Blur? Lagu ini lah

Pelangi Senja by Stacy





Note : Aku suka menyanyi
           Walau sedar suara memang amat horror
           Pedulikan
           Aku suka menyanyi


Saturday, February 15, 2014

Usah bertempurung bersama katak

*Itu satu bait lirik 'Aku Pelat". Tak tahu apesal aku tertarik betul dengan lagu yang ada tempurung and katak. macam "Aku Maafkan Kamu"

Aku sangat suka pergi Zoo or Safari. Animal lovers la konon. Comel ape tengok tiger, lion, bear, girrafe, etc etc.
Nak masuk hutan carik tak bleh kan, tengok dalam TV tak berapa nak feel.
So, Zoo and Safari lah tempat yang menarik nak tengok LIVE and kenal lebih dekat dengan haiwan2 unik ni.
Sampai terkadang aku pelik dengan mereka yang tak suka pergi zoo, bosan. konklusi aku waktu tu mudah, zoo tak bosan....kau yang bosan. Blergh! Gitu....

Dulu la...

But one time, aku insist sorang kawan aku ni bagitahu kenapa dia tak suka zoo? Tak suka binatang ke?

And the answer that came out from her made me stunned. Macam halilintar menyambar. Literally, aku terpaku, kaki tak boleh gerak. From that moment, pandangan aku pada Zoo berubah.

"Bukan aku tak suka binatang. Tapi aku tak suka orang buat binatang macam tu. Diorang acah2 makanan pada bear la, ape la, nak trick binatang tu konon2 berdiri la apa la. Pastu penonton2, mak2 budak boleh cakap "Kawaiiii~~~ Kawaiii ne!". Aku rase nak lempang jek. Hah! Amik! Tu sebab aku tak suka zoo! Sakit hati!"

Ya, beliau memang brutal.

Dan aku....terkaku...... Aku bukan pencinta haiwan sebenar. She is!

Tak nafi ada Zoo dan Safari yang betul jaga binatang diorang, nak educate people. Tapi aku rasa just 10~20% je Zoo or Safari yang betul2 berniat mulia seperti itu.

Selebihnya, nak untung!

******************************************************************

Friend : Apa kau buat bila orang buat jahat kat ko. Like your bf cheating on you?

Aku : I'll do the same. Biar dia pun rasa macammane aku rase. Revenge is sweet, baby!

Friend : Then, you'll turn out to be exactly like him lah?


Tersentak. Sejak tu, Sampai sekarang aku berpegang, treat people how you want to be treated. Don't be somebody or do something that you yourself hate.


Apa yang sebenar aku nak sampaikan ni?



Actually, kita kena sentiasa open. Dengar and fikir akan pandangan orang lain.




Dan sampai sekarang, aku sangat suka dengar pendapat orang lain. Or paling senang, ko utarakan pendapat ko dulu then ko akan dapat bantahan. Thats also a new perspective. Just terpulang pada kita to take it or leave it.

Be open, people. Always listen to others. They'll amaze you. Perspektif yang tak pernah terfikir pun kekadang.

And I thank to you, my dear friends. For always making me a better person. Each opinion from all of you, changed me.


Wednesday, February 12, 2014

Kepadamu kekasih~~

Sekarang, kat internet, dah start promosi/kecoh2 tentang Valentine's Day.
Aku berkerut dahi sekejap....macam familiar
Owh...Hari kekasih
Bulan February
14 hari bulan.
Memang 'kanzen'ni lupa akan kewujudan hari ciptaan ni.
Sesuatu yang patut aku banggakan, syukur
Bukan sebab aku ni penyambut tegar Hari Kekasih tapi sebab single maka dah tak sambut
Bukann...tak pernah sambut pun
Tapi sebab ini menandakan bahawasanya Hari Kekasih bukanlah sesuatu yang besar di Malaysia?
Tak nampak status2 berkenaan ini di laman sosial.
Tak ada promosi kaw2 tentang ini.
Atau mungkin aku yang tak pernah perasan?


Kalau kat Jepun dulu, awal bulan lagi aku dah ter-mark dalam kepala otak ada Valentine's Day bulan February ni. Promosi kiri kanan. Kaw2 punya sale.
Memang aku suka gila2 time2 macam ni. 
Sale Chocolate dan apa2 bahan nak buat kek coklat. Memang aku borong siap2 buat stock. 
Seghonok woih!! Mata bersinar2 je nampak coklat murah. Hekhekhek
Haih....rindu le plak.

Aku fikir ada baiknya kita gantikan Valentine's Day sebagai Chocolate's Day.
Lagi berfaedah. Coklat murah, kita makan coklat banyak, kita happy. Nice!
Mohon persetujuan ramai.
Nomnomnomnomnom

Q : Tak tido lagi?
A : Dah 3 malam tak dapat lena. Anjing2 jadi gangster menyalak2. =_="




Sunday, February 9, 2014

Malu saye

Berjalan2 di malam amsterdam yang meriah.
Tengok akrobat percuma, penghibur jalanan
Usai pertunjukan, penonton bersurai.
Kembali bosan

Dari jauh nampak segerombolan orang berkumpul
Malah beratur
Perasaan ingin tahu memuncak
Melangkah bersama kamera di tangan.
Excited

Tugu apa yang mereka hadap ini?
Siap beratur...
Lalu menolak hadirin dan datang dekat ke arah tugu
Berdiri sbelah jejaka tinggi tampan.
Yang berada di hadapan sekali, menghadap tugu itu.
Aku lihat dia, dia senyum padaku
Dan baru aku tahu kenapa
Mereka amat suka akan tugu itu

Muka merah, berlalu
Masuk dalam kedai H&M
Bersyukur tak nampak apa yang tak patut aku nampak
Ya, hari itu....sudah dua situasi yang boleh orang salah anggap akan budak perempuan ini
T__T

Tugu itu.... adalah...



Tandas awam FREE. Thats why they love it. Sebab semua tandas awam di sana perlu bayar. Hatta dalam shopping complex pun. Oh! Dan jejaka yang senyum pada aku tu, sedang ber'bisnes;, in the middle of his 'bussiness'

=_="

Peristiwa lagi satu? nanti-nanti aku ceritakan


Q : Kenapa cerita tiba-tiba
A : Baru lepas stalk album sndri. Miahaha!!

Oh! Tahniah la anda...berjaya jumpa blog saye. Dengan tengok history Safari saye. Tak challenging langsung. HUH!

Friday, February 7, 2014

Tegur

Saya pernah berada di semua side
Side yang mereka anggap sangat perfect
Side tengah2
Side yang terkebelakang

Saya suka berada di tengah2. Tidak terlalu ke depan sampai lihat semua perilaku orang itu salah.
Hanya kerana lebih banyak ke-barat-an, assume mereka jauh dengan tuhan?
Sayang, kalau kamu cukup bijak, cukup iman, dari cerita Rapunzel pun boleh dapat tauladan.
Pandai cari sayang. Kena pandai. Berhenti menghukum.
Kita mana tahu, dia punya hati baik, sifat baik, tabiat baik. Dugaan dia, Ujian dia, Cabaran dia, kita tak tahu. Setiap kita berbeza bukan?

Yang mereka terkebelakang pula, sesuka hati assume mereka yang di atas tabik dada kata sendiri baik.
Sayang, tak semua begitu. Ramai sangat antara mereka nampak betapa baiknya kamu, betapa tulusnya kamu, betapa tingginya potensi kamu. Tak, mereka tak mudah hukum kamu, mereka cuma sesal sendiri tak mampu pikat kamu untuk naik ke atas. Sungguh, ramai yang ikhlas, segelintir saja yang salah tanggap.

Keywordnya mudah : Jangan memandai2 menghukum orang, assume orang itu ini. Jangan pikir negatif lah senang. cari yang baik baik aja.

Tak perlu harsh words bila menegur. Berpada-pada

Kamu tak tahu betapa ramai mereka yang asalnya tidak berhijab, sangat struggle untuk berhijab. Ada yang senang berubah tapi ada yang susah. Resah kadang2 aku tengok desakan kamu atas mereka. Aku pernah dengar dan baca beberapa luahan mereka yang tak berhijab tapi ada niat nak berhijab, they are struggling so hard, fighting with their own nafs.

Orang yang sedang berperang dengan nafsu sendiri ni, sangat hebat tau! Mungkin lebih hebat daripada kamu yang bersusah payah menyuruh paksa desak mereka....sebab takut sendiri masuk neraka sebab tak tegur.

Sayang, kata kuncinya begini. Tegurlah orang bukan untuk lepaskan diri kamu, tapi sebab tak nak dia dapat dosa, barulah terlahirnya teguran berhemah. Tanya hati, ok sayang?


Kosa Kata

Seronoknye dapat bebel sesuka hatiku~~~~
Sebelum ni memang aku hold...... Tak syok la bila mereka2 baca siapa sebenarnya aku.
Poyo

Topik bebelan kali ni adalah kekaguman aku terhadap kosa kata.
Aku sangat kagum dengan orang ang banyak kosa kata.
Kagum dengan saterawan negara. Cantik je madah dia sebab nahu sama

Rappers, aku sangat tabik pada rappers yang pandai susun kata.
Malique.....aku tabik sungguh!
Mantera Beradu, Cerita Kedai Kopi, Aku Maafkan Kamu, Senyum
Dia punya lirik ada cerita, tak meraban.

Altimet.
Kalau Aku Kaya..... liriknya sangat bagus.
Susun rapi. Sempoi tapi berapi
Liriknya kalau teliti, dirinya cuma nak memberi
Kalau kaya, beri apa saja
Hatta beli pokok juga beri biasiswa
Video clip dia misleading. Tak selari dengan lirik yang suka memberi itu
Dalam lagu Havoc, Joe Flizow dan SonaOne lontar kata sesuka hati, nahu sama tapi tak ada erti.
Altimet sempoi bagi lirik deep, tentang karya, tentang diri sendiri.
Go Altimet! Perluas kosa kata macam Malique

Selain diorang, Ahli Fiqr (Lagu Samseng still the best from them la. Juga Alhamdulillah feat Malique and Yasin), terbaru Salam Muzik dengan karya Aku Pelat. Lagu rendah diri tapi memerli. heh!
Ramai lagi tapi di atas ni adalah karya deep yang takkan mati. Bagi aku la....at least

Mat Saleh.... aku tak pernah dengar karya TUPAC
So, aku tak tahu macam mana. Dengarnya lirik tentang dunia, bukan cinta manusia semata.
The one and only....EMINEM
Bahasa kesat haruslah ada kan. Tapi dia susun kata dia....rhyme yang terhasil... kena
Lagu pulak, kalau ditakdekan bahasa kesat tu, sentiasa ada cerita
Mockingbird is my favourite ever! A song from a loving, struggling father to his daughter.
Lose Yourself, Im not afraid, Stan etc
Genius, brilliant guy. Kosa kata hebat!
Tahu tak dia sentiasa ada idea untuk rhyme. Dia sangat tak setuju bila orang kata tak ada yang boleh di-rhyme dengan orange. He came out with many. (Baru lepas tengok YouTube. Hehe)


Percaya atau tidak, dahulunya...dulu la.... aku sastera orangnya
Banyak sajak, English n Malay yang aku buat
Conteng2 saja2 di kala mengantuk kelas Fizik atau Sejarah

Aku buat beberapa cerpen
Cerita pendek, English and Malay
Cikgu dan kawan suka baca
Cikgu English macam mengharap aku teruskan berkarya
"You're a good story teller"
Sampai sekarang aku tak boleh lupa, muka surprised dia baca kerja2 aku.
Dapat reaksi begitu dari dia, memang boost-up my confident level la.
Thanks Sir but sorry, until now.... saya cuma seorang engineer cikai.

Berhenti sebaik menjadi pelajar JAD
Hilang segala sastera aku
Hahaha!!! Kosa kata terbang ,melayang, aku dah tak boleh buat sajak cantik macam dulu
Maybe....I'm not born to be an artist anyway.
Hehe

Q: Taknak buat novel ke?
A : Nak! Tak ada idea. Suggestion?


Thursday, February 6, 2014

Kite Kasi Kepit dieeee

Assalamualaikum...

Yeay! Blog baru. Hope mereka2 dah tak jumpe blog aku. Huhu

Malam2 emosional sikit. So aku nak cerita perihal pengapit.

Secara rasmi dan sukarelanya, aku pernah sekali je jadi pengapit setakat ni.

Gembiranya aku terima pelawaan untuk mengepit Pn Salmi.

Aku ade kat tepi die dari saat die di make-up sampailah akad.
Aku memang sengaja nak duduk tepi die
Sampai saat die bergelar isteri orang
Sebab......sampai situ je yang aku boleh share any feeling with her.
Sampai situ je
Sampai situ

Sebab lepas tu, apa2 rahsia, apa2 feeling, apa2 problem
Dia akan ade orang baru untuk share semua tu
Even she has any problem with her other half pon, for sure die takkan kongsi dah.
Sampai situ je....sampai akad nikah tu je

Bila kawan kite dah kahwin
Jadi isteri orang
Semuanya takkan sama lagi
Jangankan nak melepak,
Topik berbual pun akan lain
Secrets no more.

Still kawan tapi it will never be the same.
Biasalah.... dunia sentiasa berubah.
Cheeewah

Lepas sorang, sorang kawan aku kahwin
Really, aku happy gile diorang kahwin
Senyum sampai telinga
Golek2 happy macam aku pulak yang nak kahwin
Once dapat berita one of my best-friends (kawan sekolah sampailah kawan keje) akan berkahwin,
Aku akan ready
Ready dengan perubahan

If your friend, best buddy, want you to be her pengapit,
Accept it, and be by her side sampai saat untuk kite 'lepas'kan die
Penat memang penat, tapi its an honour beb!
Just tahan sebak je la time akad tu
Kalo die nangis, pengapit nangis, camne?
You lap I, I lap you ke?
Hahahahaha!!!

Apesal tibe2 ni?
Sebab....aku takut fikirkan
Kalau semua best buddy aku dah kawen nanti, tinggal aku sorang bujang, aku nak buat ape?
What will happen to me then?

T___T

Takpe, korang kawen la.....tinggal I sorang je pun takpe
I am ready..... to be a traveller girl
(^o^)

Q: Ko taknak kawen ke?
A: Sape cakap taknak? Pinangkan Remy Ishak plisssss