Monday, May 26, 2014

Nombor 37

Random gila lah tajuk post.

Banyak betul fikir sekarang. Nak tulis semua. Nak luah habis semua.

Tapi isu yang paling kerap aku nak cakap adalah isu hamba moden.

Aku baru intai sikittt je dunia sebenar capitalism ni. Sikittt je, dah menyampah gile dah.

Underpaid worker melambak2. Diorang tahu ramai yang kat bawah ni TERDESAK sangat nak kerja. Diorang tahu even diorang bayar sikit mana pun, akan ada orang sanggup nak ambil.

Kejam sangat!

Tipulah, untung syarikat berbilion, syarikat still tak mampu raise kan gaji pekerja. Tipu sungguh.

Pembahagian gaji sangat tak adil.

Diorang akan sentiasa nak kan untung. Graf tu sila biarkan naik sentiasa, jangan turun2.

COST DOWN. Sikit2 cost down.

Bagusnya cost down ni, usually engineer or scientist akan usaha sehabis baik cari alternative lain untuk buat sesuatu produk gunakan bahan yang lebih murah tapi quality yang sama atau BETTER. Bila ini terjadi, revolusi produk akan berlaku. Which is very good. Fantastic.

BUT, sekarang, apa yang aku perhati, cara COST DOWN industri sekarang adalah dengan mencari ruang untuk dapatkan tenaga buruh yang lebih murah. Di mana mereka bangga menyatakan bahawasanya mereka membantu sekalian manusia. TETAPI BAGI AKU, mereka ambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain.

Now tell  me, kalau betul nak bantu sangat, apsal gaji bayar ciput tu je? Cukup makan nak survive? Tak cukup pun kadang-kadang, ada je yang terpaksa ikat perut hujung bulan.

Aku sangat sakit hati dengan capitalist dunia. Bukti? Google sendiri. Kenapa barang China murah? Sebab tenaga buruh murah, Semua orang nak kerja, gaji murah pun tak apalah. Asal ada. Kilang besar banyak buka di bahagian asia. Sebab tenaga buruh murah. Betul murah. Tapi agak-agakla.

Yang paling sakit hati? Human trafficking. Bukan budak2 je kena jadi buruh paksa, orang dewasa pun. Tahu isu pekerja Bangladesh di Dubai? Crap ah!
Budak budak jadi hamba kutip koko.

Mintak sedekah. jual itu ini. Ya, yang kita tengok dalam slumdog millionaire tu memang betul jadi.

Crap! Sampah! Kejam! Arghhh!! Aku geram!

MAYBE, ada satu cara untuk pekerja tak tertindas. Aku tak reti ekonomi. So, ini kemungkinan besar sangat tak boleh dan salah. Hahaha!!! Tapi, kalau kesatuan kerja company, ada sedikit percent share company, MAYBE untung company tak masuk perut orang atasan dan para pelabur sahaja. maybe la. Entah possible entah tak.

Dunia sekarang kejam.

Dunia... memang melelahkan!


Tuesday, May 20, 2014

Serupa tapi tak sama tau!

Di suatu petang yang hingar bingar macam pasar di kantin company


Aku, makan sesuap...rasa pelik lalu menoleh pada kak fara di sebelah

Aku : Kak Fara, try makan kuih...*pause*
(Dalam otak fikir kuih ni name aksesori atas kepala, ada huruf k)

Aku : Kuih kopiah ni. Pelik lah...

Kak Fara : Ape? Kuih apa? (gelak2 kecil)

Oh my....aku salah apa pulak  ni?

Kak Fara : Kuih kopiah?

Kak tirah menoleh

Tak, semua menoleh

Apa???!! Hahahhaa!!!

Aku : Oh2! Saya tahu. Bukan kuih kopiah. Kuih ketayap. (Terjaga dari ke'blur'an. Baru tau salah apa)

Hahahaha!!

Aku : Tapi....ketayap tu yang pakai kat kepala tu kan? kopiah lah kan? Sama kan?

Gelak lebih besar terledak begitu hebat.

Adeke kuih kopiah. LOL!!!

My brain is funny la.
Tapi betulla kan? Same kan ketayap dan kopiah tu. Apsal tak boleh panggil as kuih kopiah eh?




Aku ingat otak aku dah paling pelik dah. Housemate aku lagi hebat rupanya.


Aku : Kak ct, ko tau tak kuih ketayap ni yang mana?

Kak ct : Tau2. Yang macam topi tu kan?

LOL!!!!!!

Kak ct : Eh...jap. yang gulung2 macam karpet tu kan?

LOL!!!! KAHKAHKAHKAH!!!!

Adoi la hai....housemate ku. Nah untuk kau


Tuesday, May 13, 2014

Jealous? For what?

Ceritanya begini,
Aku selalu sangat dapat soalan;

"Tak jealous ke?"

Atau pun

"Mesti jealous kan. Takkan lah tak jealous kawan gaji banyak kan"

Aku macam.... what the?

So....aku tak faham ni.
Bila kawan kita reach the moon, kita wajib jeles ke macam mana ni?
Memang wajib ke?

Sebab, serious aku tak rasa apa-apa.
Kalau aku tak rasa apa-apa, apakah aku bukan kawan? 
Apakah aku bukan manusia?

Tak. Serious tak faham. 
Kenapa nak jealous pulak?

Begini

Hidup masing masing.
Rezeki masing masing

Cita sendriri, matlamat sendiri, Target diri
Aku percaya setiap kita adalah beza

We are the hero of our own story book.
We have different story-line.
Enjoy our own story sudah.
Intai2 cerita orang lain, senyum, sambung cerita sendiri.

Hidup ni pendek.
Please be happy.
Tak usah bazir perasaan.

Tak usah!


Nasib lah aku tak kawan rapat dengan mereka-mereka itu,
Seram pulak aku.
What if diorang jeles ke aku pulak?
Oh wow!



Apa aku jawab bila diorang tanya?

-Buat apa nak jeles pulak?
-Eleh, tipuuuu....
-(Diam. Senyum)
Dalam hati. Dude....kesian kau!



Sunday, May 4, 2014

Cheq penat dah ni.....

Soalan bila ni soalan yang memang tak boleh elak.

Aku ada macam-macam jawapan.

If obvious orang tu tanya sebab dia sekadar nak beramah mesra, dah habit, aku akan jawab

"Entah." 


Kalau memang sungguh betul dia nak tahu;

1) Tak ada siapa masuk memimang, nak buat macam mana? Saya nak pinang Remy Ishak, tak boleh. Saya perempuan

2) Kalau boleh nak kahwin esok. Tapi tu la, calon tak ada. Ada calon?

3) Jodoh aku entah sesat pegi mana entah. Tak jumpa2 aku kat sini.

4) Tengah tunggu Remy Ishak la ni.

5) Belum ada orang nak, saya nak buat camne?  <--- Yang ni biasa dapat tindak balas paling dahsyat. Nak kata aku salah cakap, dah betul dah. Hmmmmphhhh


Lepas tu memang tadah je la telinga ni jangan memilih sangat la apa la. Ingat laki ni boleh beli kat pasar malam? Cari kat taman bunga? Jumpa kat tengah jam lalu kongsi coklat Cadburry? 

Paling pedih bila dapat soalan ni daripada kawan sendiri. Dah besar kot yang. Hang anak tiga, memang hang OK dah lah. Toksah la habaq cheq itu ini. 



Kalau nak tahu jugak, Soalan terPALING sopan.....

"Dah ada calon?" 
"Dah ada plan bila ke?"

Gituuuuuu.....

OK?





Ha ah. Aku tengah sedikit bengang dengan 'sindiran' kawan sendiri ni. Tsssskkkkk..... *tekup muka kat bantal*

Wednesday, April 23, 2014

Pemujuk terhandal

Bila rasa goyahnya dunia kamu
Rendahkan hati
Adu pada DIA

MasyaAllah
Seakan sekian alam memujuk kamu

Tiba2 lagu memaafkan berkumandang
Tiba2 seorang berkata tenang
Tiba2 terbaca belajar untuk kuat

Bertubi-tubi
Pujuk itu datang

Belum kira andai kamu buka kalam hebat itu lagi
Menangis terduduk
Rasa amat dikasihi
Oleh Pencipta sendiri


Sunday, April 13, 2014

Perempuan memang selalu emo

Tadi....mimpi lagi.
Mimpi horror yang buat aku shivering and mengucap panjang bila aku perlu buat begitu di dunia sebenar ni.

The main reason why I avoid it from happening......

Aku drive my bro, mr bumblebee.
Bersama dengan kakak aku, adik aku dan anak buah aku.
Aku drive....
Kitorang happy dalam kereta.

Dan betul lah tekaan anda....
Ya, dalam mimpi tu, aku yang akibatkan accident.

Ia tak cukup buat aku fobia kalau aku sorang je dalam kereta tu.
Tapi, sebab ade orang lain, orang yang aku gile sayang. Family aku.
Dan ITU, buat aku fobia.

Sampai sekarang memang aku elak sangat bila anak buah aku nak naik kereta, aku drive.
Memang terus pass bagi adik or kakak aku drive.

Pernah sekali, balik dengan kakak dan Darwisya.
Aku break mengejut, darwisya terhentak ke depan. Benjol kepala sampai sekarang tak hilang.

Dan mimpi eksiden tu selalu pulak singgah.
Mana lah aku tak fobia woih!

T__T

Thursday, April 10, 2014

Terpulang

Ini bicara pasal hati. Kalau alah dengan hal hati, sila berundur sebelum menyesal. haha!!

Dah setahun lebih berlalu. Still remember the date JUST BECAUSE it was my friend's wedding day.
Hati...memang hancur lebur pecah berderai sume ada lah.
Masa tu memang fikir....kenapa dia, dan kenapa bukan aku yang lumatkan hati dia? Kenapa dia?

Dan sekarang aku bersyukur aku alami kesakitan itu.
Aku bersyukur bukan aku yang mengakhirkan, bukan aku yang memecahkan, melumatkan hati sesiapa.
Sebab ia sangat sakit.
Dan aku tak terbayang kalau aku yang buat orang lain sesakit itu.
Allah tahu aku tak mampu lakukan sebegitu.

Macammana orang yang menghancurkan tu teruskan hidup dengan aman, aku tak tahu.
Aku kagum.
Kuat betul hati dia
Tabah betul dia
Sebab sungguh, aku takkan termampu fikirkan bersalahnya aku....menyakitkan orang sedemikian rupa.

Aku bersyukur aku laluinya.
Maka aku tahu, aku akan temui yang lebih baik.
Ramai yang lebih baik cuma belum jumpa yang terbaik, mungkin.
Kita tak tahu....takkan pernah tahu sampai tiba masanya.

Dan setiap kali proses kenal budi itu gagal, aku boleh tersenyum sudah.
Sebab aku tahu, ia bukan pengakhiran.
Ia pembuka jalan, dan penunjuk arah menuju kepada yang terbaik.

Aku bersyukur aku laluinya.
Maka aku tahu, jika ada yang datang menyapa dan kamu tidak selesa,
Boleh awal-awal untuk tamatkan segera.
Bukan untuk hancur lumatkan....tapi itu penunjuk arah untuk dia menuju yang terbaik untuknya.

Aku bersyukur.
Setiap apa yang berlaku, atas izinNya.
Pilihan aku, tapi atas izinNya.
Dan kita, terpulang pada kita untuk pandangnya bagaimana.

Belajar daripada setiap apa yang jadi.
Kalau kita cari, gali, pasti jumpa apa hikmah di sebalik segalanya.
Pasti ada baiknya.
Pasti ada tauladannya.
Terpulang