Wednesday, November 4, 2015

Its over

So, finally, I didn't miss the 12 o clock wish anymore. On the third year!

He never fail to make the 12 o'clock wish.

1st year aku single, aku kejut kawan aku. Sebab aku dah terbiasa ada wish birthday tetengah malam.
Second year, aku nak jugak.

Cumanya tahun ni, aku dah tak teringat tatacara bagaimana dia wish dah.

I am free from that 'sweet' thought.

Finally.


Eh, kalau boleh aku nak completely lupa pasal die, rupa die, segala2 nya lah


Benci gila.


Dan aku benci bila aku benci

Kalau aku lupa pasal dia, mesti aku lupa untuk membenci semua ni.

Semoga aku lupa.

Bye

Friday, July 24, 2015

Hala Tuju

I am seriously thinking about changing my career.
Nak yang high-income.

Orang kata nanti tak ada 'life'
Aku pun cakap macam tu sekarang.

Tapi... If I stay like this, aku lagi la tak ada apa2.

Not have my own little family yet.
My career now is just a 'kuli'

I have no achievement yet.
I want one! Life or career wise.

If ditakdirkan aku yang super cerewet ni alone, I must have a really strong financial for my old days.

Dan aku yang tak pernah2 bekira pasal duit ini sekarang dah terpikir.

Takpe, aku akan try mintak ape2 jawatan dulu.
Company besar. Tak dapat, then have no other choice than helpdesk.
Then try lagi apply yg best.

Huwarghhh!!
Pening ah pikir pasal ni.
Aku ready nak travel jauh for this aim.

You want to gain something, you must lose something.
And Im ready to lose my 'enjoy' time to have something bigger.
I am ready.

But!

If aku kahwen dulu sebelum teruskan kareer impian, aku korbankan kareer. No doubt.
Family first!


Tuesday, July 21, 2015

Cereka yang Direka-reka

Setiap orang ade kelebihan.
Aku pun.
Jari aku... pakai cincin bos aku pun x muat tau.
Size jari bos aku (lelaki) 14 tau!

*Cry~~*

Scene di bawah sokmo la dijadikan lawak jenaka. Ia mungkin terjadi kepada sesiapa yang senasib dengan kitew. Jari gemuks x padan ngan badan kecik.


(Di sebuah dinner romantik)

The Lady : Eeeeiiii...ape ni? Cincin lah! Waiter~~!!
Waiter : Ya, apa masalah?
The Lady : Ermmm...ni saye jumpa cincin dalam puding saye ni. Chef restoran ni x pakai palstic glove ke? Saya nak puding baru.
Waiter : Errmmm...tapi cik...
The Lady : Mahal cincin ni. Chef awak x sayang eh? Kalau saye tertelan macam mane?
Waiter : Tapiiii.....

The Man : Awak, awak.... ermmm.... tu cincin saye nak bagi awak

*krik krik krik*

The Lady : Hah?!

The Man : Jom Kawen!

Keluarla beberapa orang memainkan alunan muzik romantik. Oh, The Man nak melamar The Lady rupanya.

The Man : Setuju tak?

The Lady : *Blushing* Nah. 

The Lady memulangkan cincin mahal tu. Muka si jejaka berubah. Alunan muzik romantik menjadi sumbang. Pemain muzik pantas mengundurkan diri sambil berbisik sesama sendiri.

The man : But..... Why?

The Lady : Oh...bukan.  Tengok ni.

The lady sarungkan cincin ke jari kelingking.

The Lady : Nak saye pakai kat jari kelingking ke?

*Krik krik krik*

The Lady : Gi tuka cincin. Jari saye size 14 setengah tau dak. Pepandai je beli size sebelas. Gi tuka. Saye nak size 15. Selesa sikit.

*Krik krik krik*

The Man : Ooooo...okay. Okay. (Dalam hati...Mak aihhhh...mahal nye bakal bini aku ni) Tak pernah lagi cincin warisan turun temurun ni kena alter. Ni first time ni. 

The Lady menangis dalam hati T__T

Lalu The Man pun pi ajak mak die teman gi ambil cincin yang dah ditempah size

The Mom : *Uih... berisi rupenya bakal menantu aku ni. Takpelah. Asalkan anak aku bahagia*

The Mom : Mahal bakal menantu mak ni ye. Berat cincin ni ha.

The Man : Nak buat macammane. Itu size nye.

Lalu.... di saat rombongan The Man nak gi merisik The Lady, saudara mara semua tengok cincin lalu merumuskan taste The Man tadi adalah wanita yang chubby2. Setibanya di rumah

All the saudara mara : Haaahhhh???!!! Kecik je orangnya (berbanding dengan imaginasi mereka)





IF the lady pergi bersama The Man nak beli cincin. Akan berlaku scene ini;

Seller : Cik cuba try ni

Tak muat

Seller : Ini pulak? 

Tak muat

Seller : Erk...kes rare ni. Ok, mungkin size 14 ni.

Tak muat. The Man dah berpeluh dah. Aih...makin mahal harge cincin nih. Lari Budget!

The Lady : Ahahahahahha.... Tak muat jugak (Menangis dalam hati)

Seller : Kejap ya... (lalu pergi di bilik belakang. Berbisik dengan tokey kedai.)

Seller : Mungkin size ni. Tapi tak banyak la pattern yang ada untuk size cik ni.

T__T



Sekian....

Cerpen pendek


Tuesday, March 17, 2015

Bijak Pandai

Hairan aku
Aku hairan....

Dihantarnya anak2 kecil ke sekolah, moga bijak bila besar.
Dihantarnya anak2 hingusan ini belajar jauh2, kenal dunia, biar terbuka mindanya.
Mereka yang hantar supaya anak2 ini tidak bodoh, ada akal, boleh fikir.
Mereka yang hantar.

Tapi mereka lupa. Mereka lupa yang anak2 yang mereka hantar dah besar.
Pandai semuanya. Berfikiran kritis kebanyakannya...Alhamdulillah
Mereka lupa ini....

Lalu..
Terus menerus mereka memberi alasan bodoh.



Dah hantar kitorang ni belajar tinggi2, kenal dunia, kenal semesta, tahu helah semua, tahu fikir...
Kenapa still bagi alasan bodoh setiap kali ada isu diangkat?
Apa? Ingat kitorang ni tin kosong? Main curah je apebenda pun?

Adeh,
Hormatlah tahap intelektual rakyat awak ni ha. Alasan sila pandai, beserta fakta, kalau ada figure lagi bagus.

"Alah, pakcik makcik kat kampung bukan faham pun"

Dah tu? Kitorang hok korang hantar belajar jejauh kenal dunia ni tak ada hak untuk faham ke?
Kitorang bukan rakyat? Makcik Pakcik kat kampung je ke rakyat korang? Kitorang ni?

Penat la sakit hati dengan jawapan tak pandai awak2 semua.
Ni yang kata tak perlu tubuh badan khas untuk cegah banjir ni, apekes?
Setiap tahun banjir kan?
Apa maksud bukan isu besar?
 



Blank

Sekarang dah faham kenapa best buddy aku 10 tahun dulu vanish, hilang lepas bagitau die aku dah 'couple'.
He respected him, and itu langkah jaga2 dia untuk tak jadi pengacau.

Now, I do exactly the same.
Its kinda weird at first, dah takde mesej gile, takde gaduh2.
Heh! Memang taklah nak terus mesej gile or gaduh2 cam dulu kan. tak pepasal kena tuduh ade scandal. Sebelum ko kawen pun orang dah kate kite macam2  =_="

Dah takde sesi luahan perasaan, kongsi secret.....yang sebenarnye lepastu satu opis tahu. Tak secret pun sebenarnye. Wakakaka!!

Haih la.... little bro.
Kite dah sepakat kan lepas ko kawen kite jadi asing?
Well bro, thank you for being my penasihat. Walaupun slalu buat aku sakit hati.
Thank you for being my gaduh partner, just like my siblings. Thus, made me feel at home even we were in that BORING, STRESSFUL office.
I hate when you are right bout 'that', but neway, thanks.... you made me ready for 'the answer'.

Because we are just like siblings then, I couldn't say thank you in front of your face! Geli ok!

You know I don't have many guy friends.
Suruh aku carik pengganti ko.
Mehhhh.... relax, bhai. Aku tak desperate lagi.
Plus....
Aku bukan peramah, bhai!

Dah ah!
Tengok, nak tulis pasal ko pun cam nak cari gaduh dah. Haha!!


Tuesday, February 10, 2015

Anak tengah

Siblings always know how to troll each other.
Without fail!
In my case, I was trolled by my elder and younger bro and sis.
Hampeh betul aku selalu terkesima tak reti nak lawan balik.
Cisssss


One fine day, kitorang whatsapp cam biase. My younger sister, Cidek, was looking for her wedding dress, and asked our opinion. Aku pun dok bagila pendapat jangan amik princess cut blablabla.... Cidek pun bagi la gamba n gamba baju yang die berkenan. Then adik aku Rais and abang aku Sepul (Master of Troll)pun start rapuan mereka.

Rais : Aok kompem ke muat dengan baju tu Cidek? Aok gemuk tau dak

Cidek : Orang kurus la gendoit! Heh

Sepul : Cida, tolonglah sedar yang aok tu tak kurus pun. Amir cakap aok kurus sebab nak jaga hat aok je. Sebenarnye, aok tak kurus pun.

Cidek : Eh Sepul. Macam berpengalaman jek

Aku : HAHAHAAHHA!!

Rais : Kak syud selalu cakap sepul kurus sebab nak jaga hati sepul la tu. LOL!

Sepul : Atau sebaliknya. Hehe

Aku : HAAHAH!!! Gelak guling2

Sepul : Wei Yana! Tak payah nak gelak sangat. Cari dulu laki yang sanggup cakap aok tu kurus.

Rais : Terus yana berhenti guling2. menangis teresak di bucu bilik.


DEMMMMMM!!!! Hahahahhahaah!! Tergelak2 aku tengah makan mase tu. Spot On! Hampeh la abnag aku ni. Dok bising2 aku tak kawen lagi, bukan nak kenalkan aku ngan engineer proton hok bujang lagi bekaliber. Cissssss!!!!

Aku ingat lagi, satu troll terhebat yang adik laki aku campak kat aku. Sampai skarang aku masih ingat power troll tu. Gile tarik kau jatuh bedebuk ke bumi.


Aku : Budak kecik tak pandai menipu kan?

Due : hmmmm

Aku : Tadi kat stesen bas, mase orang tunggu bas, tiba2 ade budak pompuan ni datang, umor dalam 8 tahun. Datang dok baca novel yang orang baca. Orang biar je la. Tiba2 die berhenti baca pastu pandang pastu pegang pipi orang. pastu cakap "Akak ni Comella~~" Hahahahaha!!! See....orang comel okey. Budak kecik tu cakap. 

Due : budak memang tak pandai menipu. Budak2 kan suka Doraemon. Bulat2. Tu die kate aok comel. Bulat2. Macam doraemon. 



DEMMMMMM!!!!
Benci betul bila tak dapat balas pukulan troll. Huh!



The winner of all? Dari abang aku la.

Pernah tu, dia baru basuh ayam (time puasa nak raya nih), aku baru lepas mandi, rambut basah lagi. Die pergi sapu tangan die yang tak berbasuh, berlendir ayam tu kat rambut n baju aku!!!! Memang aku kejar la mamat tu! Bising rumah kalau dia start cari pasal ngan aku.



Macam macam weh aku kena ngan abang aku. Tengah basuh pinggan tetiba die datang pastu masukkan ais dalam baju aku. *&*@&#@&#@#*(



Paling teruk? Aku tengah ngadap komp, buat keje. Tetiba die masuk bilik aku, die panggil aku dr belakang, aku toleh la. Korang tau ape? Aku toleh je, terus muka aku terkena kaki dia yang berstoking tu. Dia dok hulur kaki dia berstoing busuk baru balik dari baito tu ke muka aku!!!!! Ya Rabbi geramnye akuuuu!!!! Aku sangat berterima kasih pada makcik rumah atas yang tak membuat aduan tiap kali aku menjerit marahkan abang aku.





Satu hari di pagi nan permai, aku pegi dai (sekolah), sumbat ipod macam biase la. Rupa-rupanya abang aku set kat volume paling tinggi. T__T

Tapi aku buat bodoh je balik sekolah tu. Malas nak marah dia. Sampai la dia tanye
"Best ke pegi dai dengar ipod tu?"

Memang lepas tu aku bukak ipod dulu, tengok volume, baru letak earphone kat telinga.
T__T




Lagi?
Pernah sekali tu, aku belilah satu cake ni bersama dengan beberapa jajan lain. Simpan la dalam bilik. Balik dari sekolah ingat nak lahap lah segala-galanya. Sampai2, aku tengok jajan dah habis. Cake aku kena penyek. Sape punye keje la kan? Terus aku marah2 abang aku. Bebel2. Dia buat dek je. Dah habis bebel die amik kek tu pastu tunjuk. 
"Ni ha ade kanji sake ni. Haaaa...tau malu. Malu la tu marah orang padahal orang taknak kasi aok makan benda haram. Ahahahahahahahha!!! Malu gile Yana. Ahahahahahahha!!!"

Arghhhh!!! die pegi tepon umah malam tu pastu cerita kat family kitorang. Stresssss!!!!




Cerita pasal abang aku nan seorang ni, tak habis satu malam. Im his favorite victim. Hmmmpppphh
How is like to have a brother, older brother? THIS! 

Friday, January 16, 2015

Elmo

Arghhh!!!

Geram pulak aku tetengah malam buta ni.
Geram tengok Akai Ito.

Atsushi-kun no Baka! BAKA!

1st, if you want to break up, TELL. Bukan IGNORE. Hurt like MAD!
Aku pernah rasa and I cried A LOT! Well, bukan kekasih. Just my major crush pastu we become very close friend. My soul-mate.

Bila aku nangis sebab stress je (mind you, I cried alone in my room) Dia nun kat Kuantan tu, call just to cheer me up. Aku tak bagitahu dia pun. He just got the instinct to call me. Always....
"Are you ok?"
"Nangis je kat Fid, Fid ok"
Unbelievable kan?
But then, dia hilang. Never return my call, not reply any message. Aku call rumah, adik dia akan cakap die bz or keluar. Then, dia tukar nombo phone. He was my best friend. He was my best buddy, soulmate. But.....PUFFF!!! Gone! Gile sakit hati. Teruk aku nangis. Without a word.....he left me.
Nak blah, CAKAP! TERUS TERANG! Get it?
"Sorry Yana. Fid tak kawan or mesej or contact ngan gf orang"
Susah ke?




2nd, Masa break up, cakap tak suka la... mukatsuku la, mendoukusai la. Tapi realitinya lain.
Haih.... terus terang la. Happened to me too.
Lagi sakit hati sebenarnya, bila kau tahu reason sebenar break up lepas kau dah terima reason pertama (yang dia tipu tu) sepenuh hati.
Terus terang. Boleh?
"Rasa macam dah suka orang lain. You tak kisah ke bermadu kasih?" <--- kompem awek kau yang mintak break. Tak payah susah2 kau susun ayat ke, berlakon ke. Okay?




3rd, Sebab nak convey Mei yang dia kononnya dah tak suke Mei, nak Mei benci dia, Atsushi ni cakap kat Mami yang ala2 dia senang ngan Mami depan Mei. Ayat selindung konon2 suka kat Mami. Mami pun ape lagi, perasan la...berbunga-bunga la hati beliau. ARGH!!!!! Jangan mainkan perasaan orang lain boleh tak? ARGHHHH!!!

Keep in mind, Yana Sahri. Don't do these three to others. NEVER! DON'T!




Tuesday, December 30, 2014

It never really hits you until... (2)

BANJIR

Tak banyak tempat dan orang berpengalaman dalam banjir. Maka, hanya sekadar simpati tanpa cukup rencah rasa. Takkan terbayang rasa shocked yang mangsa rasa. TAKKAN.

Sebelum ni, rumah aku tak pernah langsung air menyapa. Tapi banjir kali ni, memang sangat meragut jiwa. Dan ramai tak faham rasa tu. Ramai cakap aku overreacted. Maybe, tapi aku bukan tak layak untuk rasa jiwa diragut, itu bandar tempat aku membesar, kampung aku jatuh basikal, walau aku tak kena seteruk mana, still....

Macam ni ya. Untuk kami yang duduk tepi sungai, memang tiap tahun banjir, kami tahu akan ada banjir. Setara mana sahaja yang tak tentu. 27 tahun aku hidup, kampung aku pasti banjir. Cuma, airnya tak naik tinggi. Yang kena cumalah beberapa rumah yang betul2 di kawasan rendah.

Aku cakap lagi sekali, biasa. Banjir bukan satu perkara baru untuk kitorang.

Bila dah BIASA, kita dah tahu pattern banjir macammana. Naik setakat 2~3 hari, nanti surutlah.

"Dah tahu Kelantan teruk, ready je lah!"

Nak kena lepuk?

Sebelum2 ni, Kelantan ke Kuantan ke Terengganu or Kedah BANJIR SETERUK MANA sekalipun, Tak effect banyak kat Temerloh. Macam aku cakap tadilah, dah biasa naiknya sekejap2, nanti esok lusa, surutlah.


Tapi banjir kali ini LUAR BIASA.


Tak ada sorang pun yang tahu akan jadi macam ni, Hatta pakar kaji cuaca pun tak jangka, dah tu ko ingat kitorang ni terer nak tahu air akan naik paras mana?

Aku dah tak sedap hati seminggu sebelum banjir. Instinct. Alhamdulillah.

Khamis 25 Dec, adik bagitahu air kat kebun paras buku lali. Lagi sekali aku cakap, itu biasa. Maka seyakinnya aku cakap, orang kampung langsung tak expect apa2. Telefon abah, abah kata
"Esok surutlah tu"
Sebab itu biasa.... selalunya begitu. Ok? Faham?

Tapi hati aku tak sedap sangat. Risau.

Esoknya, 26 Dec, pagi2 telefon adik. Adik bagitahu air di kebun dah naik paras dada. Aku shocked! Aku literally menggeletar. Adik aku suara cuak. Sebab kenaikan air sepantas itu adalah LUAR BIASA. Faham?

"Kak Chana, Baqis terketar dah ni Tak tau nak buat apa. Abang Nih tengah selamatkan ayam"

Aku contact kakak aku, nak bawak mak abah adik2 datang KL. Abah ngan mak tak nak. Tapi kitorang pergi balik jugak. Masa tu aku perasan orang office tak faham keperluan aku balik. Tak faham cemasnya aku. Air paras dada sama macam banjir tahun 1988.

Ada masa 2 jam untuk kakak2 aku call dan pujuk mak abah sebelum kitorang sampai ke kampung. Sampai Kampung, aku memang sangat2 terkejut. Dah jadi macam laut. Jalan depan rumah dah naik air. Kitorang parked kereta jauh. Jalan kaki je pergi rumah. Sampai rumah, tengok mak abah relaks lagi. Baju semua tak kemas.

Sekarang, faham tak maksud aku, BIASA?

Abah pulak yang pujuk kitorang tidur situ, tak payah balik KL. Dia taknak balik KL. Mak pun. Langsung tak buat apa2. Aku cemas nak nangis tu, tapi diorang relaks saja.

"Ni tak naik dah ni. Esok surutlah" Abah dan mak masih dengan kebiasaan. Jiran pun macam tu. BIASA

Air kat belakang rumah sangat deras. Aku confirm lemas la kalau pegi situ. Memang rumah aku macam pulau. Keliling sungai, bukan air banjir lagi. How I wish I can show all of you the terror!

Tapi, kakak aku mastermind nak pujuk mak abah. Kitorang kemaskan jugak barang2. Psichology skitttt. Hehe...

Barang letrik bawak naik atas, gulung semua karpet, Baju semua letak dalam plastik. Kosongkan peti. Cabut plug. Kemas gitu2 je, sepanjang kemas kitorang cakap

"Agak2 kalau air naik pun, sampai buku lali je kut. Tapi kalau teruk? Takkanlah....paling koman pun pinggang je. Ahad nanti baliklah. Surut dah time tu"

Sekarang aku terfikir, agaknya macam nilah semua mangsa banjir di mana2 fikir. Air naik kejap je, nanti surut. Tak naik banyak, nanti surutlah. Huhuhu

Tengah berkemas2, bekalan elektrik terputus. Gelap. kitorang dah tak nampak apa. guna lampu handset je sudahnya. So, kitorang pun nak balik ke KL, mak abah setuju nak ikut balik malam tu jugak. Dah takde letrik, nak buat camne kan?

Tahu, mak abah sangat lah berat hati nak tinggalkan rumah. Tapi aku berkeras, aku nak ikut instinct aku. Kalau tak, something bad will happen. Really bad.

Alhamdulillah. Aku tak terbayang kalau mak abah adik2 still kat kampung sekarang. Air naik tinggi giler! No, can't imagine.
Mak asyik nak tengok rumah tapi dah tak boleh datang dekat. Mintak somebody tengokkan rumah. Nampak bumbung rumah, cukup. Tanda rumah masih ada. Huhu

First time tengok gambar belakang rumah yang mak dapat, aku nangis, teruk. Korang takkan faham, rasa macammana tengok rumah yang kau langsung tak jangka air akan sentuh, tenggelam separuh. Korang takkan faham.

Cakap
"Cukuplah...tu boleh cari lain. Asalkan nyawa selamat, dah lah"

Senang

Dulu aku pun tak faham. Sekarang aku faham. Alhamdulillah. Allah bagi aku faham sikit. Sikit je sedih ni berbanding dengan orang yang hilang terus rumahnya.

Tak.....korang takkan faham.

Aku faham korang tak faham, tapi aku tak faham bila ada orang tak bagi aku rasa sedih. Itu hak aku untuk rasa sedih. Rumah, Kampung, Bandar aku, tenggelam. Tak pernah macam ni. tak pernah.

Kenapa ada salahkan kitorang tak reti ramal benda ni nak jadi?

Kalau tak pernah banjir lepastu tiba2 banjir, sure kau akan bawak naik semua benda. Macam kawan2 aku di bandar. Diorang shocked. Dan terus bawak semua. Ready for the worst

Bagi kitorang yang dah biasa hadap banjir ni, akan anggap itu biasa. Tak ready for the worst pun sebab tiap2 tahun patternnya sama.

Boleh faham tak sekarang?

Lantak la tak faham pun.

Ngadu kat Allah gak best. Allah temukan ngan pujukan. =)

Alhamdulillah, ini pengalaman. Moga Allah lindung dan jaga semuanya.

Hasbunallah wa ni'mal wakeel.

Thursday, December 25, 2014

It never really hits you until...

Nak penghujung2 tahun ni, ada pulak benda yang buat aku tumbuk meja, campak henpon.

Selama ni, ada lah beberapa kawan aku diganggu gugat oleh suami orang.
I got shivers when they told me how the laki orang tu approached them. Mesej la bagai.

Tapi, bila kena dekat batang hidung sendiri, wow! Memang rasa nak tumbuk dinding.

Betapa beraninya lelaki orang itu nak try adik kawan sendiri? Bodoh ke ape?!

Dan nasiblah aku ni blur dan lurus seperti bendul.

Aku ini jenisnya, kalau orang tu tak kata dia nak ngorat aku, memang aku tak tahu pun dia tengah ngorat ke try ke ape ke. So, bila this person, my senpai (senior), contact aku kat FB, Aku macam ok, kawan lama contact. No big deal

Dia pun memang jenis peramah tak bertempat. Faham. Maka, aku layan je la. Borak pasal keje mainly. Nothing personal.

Then, dia mintak no phone. I asked why?

Dia cakap saja. Tengah kumpul contact no kawan2 lama. Ok, aku pun bagi. Aku masa tu dah syak something.....

Mamat ni jual ape? MLM ke?

Yeah, sebegitu blur. Blur sangat sebab aku tanya kawan aku yang lain ada tak Mamat ni mintak no phone, diorang kate takde. Ok.... Yana Sahri need a wake up call!!!
Sekarang baru TINGGG!!!

Dah terlambat!



Then, dari awal Dec, dia da start ajak lunch. Aku kate tak boleh. Kilang aku tak boleh keluar lunch kat luar. Then, dia ajak lagi. Then.... dia kate bosan la kat sh alam. Takde orang. Dia nak ajak lepak, nak catch up. MAKA AKU BERASA SIMPATI LALU SETUJU UNTUK KELUAR. Kesian orang bosan takde kawan.

Bila aku ajak kohai aku, kohai (junior) dia jugak, kohai aku macam...

"Pehal die nak bosan pulak? Geng dia sume kat shah alam kot"

WHAT THE FISH! Terus aku amuk di dalam opis. Aku rase tertipu. Aku dah simpati tau dak!

Maka barulah aku macam.... something fishy.... but aku nak berprasangka baik. Aku taknak tuduh bukan2. Dah aku ni sape la kan orang nak ngorat? Comot, selekeh, who cares?

Then aku pun tanye sane sini....dia ni nak meniaga ape ni? Iye2 ajak aku keluar.

Bila tak dapat jawapan mana2, sejajar dengan kelurusan dan straightforward macam kayu yang aku punyai ini, direct terus aku tanye;

"Weh! Ko nak meniaga ape ni sebenarnye? Iye2 ajak aku keluar."

Jawabnye tak ada ape2. Saje nak catch up.
Walaupun kohai dan orang sekeliling dah syak dia something, AKU MASIH NAK BERPRASANGKA BAIK.

Oh, maybe die nak ajak aku join consultant die.

Gile perasan hebat sampai fikir orang nak ajak keje bawah die kan. HAHAAHAH!!!

Kelakar sangat Yana Sahri ni.

Then, after menolak untuk tak jumpa sebab

"Sorry weh, aku tak keluar berdua dengan laki orang. Itu cari pasal namenye"

Die kate nak jugak jumpe. Call after call, then esoknya aku bagi 5 minit. Explain, sell what you want to sell, tell me the reason why you want to meet me so desperately.

"Actually, I want to know you more lah. Currently, I'm having problem with my wife"

Memang selamatlah meja kat opis tu aku tumbuk.
Satu opis dengar aku marah laki orang.

Yang menjelikkan aku, dekat FB, aku tengok bahagia je diorang laki bini. Dah ape problemnya?

Bak kata kakak aku, laki memang sengaja bagi alasan begitu untuk ngorat pompuan lain.

Dia ingat aku ni desperate sangat ke? Bila aku bagitu im not seeing anybody, bukannya sebab aku ni mengadu sunyi, bhai. Its because I DONT WANT to be in any relationship right now. I want to be in peace. 7 tahun aku punya emosi up and down, ni tengah menikmati perasaan single, tahu?!

Aku tak tahulah mamat ni dah kenapa. Bini cun gile. Entah apa lagi la yang dia nak. I really cant understand men la.

Aku sangat marah sebab aku pun perempuan, aku ada kakak dan adik. Kalau ipar aku buat kakak or adik aku macam ni, I'll smash him with anything. Wife kat rumah tu dah cun, baik jaga diri, trust you... how could you?!!

Allah, jauhilah aku, kawanku, keluargaku daripada lelaki begini atau menjadi lelaki begini.

Kalau ini cubaan dia nak prank aku, its a very very bad prank dude! Not a good one!

Nampak tak, aku masih nak bersangka baik.

Confirm, tak dapat aku, dia try perempuan lain ni. Kompem!

Oh lelaki, aku hadiahkan lagu lelaki by yuna untuk semua lelaki spesis ini.

Dulu aku pernah cakap kat diri sendiri, if ada laki orang kacau aku, aku nak bagitau wife dia. Ni dah betul jadi, I couldn't just do that. No! Dont tell his wife. Dont interfere with other's problem. Haih...



Camne aku nak kawen ni? Camne nak trust laki kalau dah kena macam ni? Ngan ex curang lagi. Haduiii

But, my officemate yang aku dah anggap macam bro sendri, cakap sesuatu yang buat aku seram and mahu cepat settle down;

"You know what kakak, you should get marry by now. Bukan sebab umur tau saye suruh you kawen. Tapi sebab saye lelaki. You dah kena kawen. Bahaya. Percayalah, saye lelaki"

His advice usually spot on. Only men know men. And now I'm considering to settle down.

Urghhh!!! Single is simple, you know. I need more reason and 5 Why on why I should get marry. Aku percaya nasihat bro aku ni, itu satu....

Give me another four......



Wednesday, December 3, 2014

Bebudak ni....

Balik kenduri haritu, penuh la rumah dengan kanak2 sekalian.
Anak anak buah aku dan sepupu sepupu kecilku.
Meriah! Sepah! Kecah!

Hahaha!!

TV memang dah tak boleh nak ambil hak dah. Kalau kami yang dewasa ni ambil hak TV mereka, maka akan kecah la satu rumah dikerjakan mereka. Maka kena umpan ngan TV gak

Ya Allah pening kepala dok tengok ulang tayang FROZEN, LEGO, FROZEN, LEGO

Ye lah, sambil nak packing goodie bags tu mestilah nak menonon something fun kan.

Sakit kepala aku duk ulang tayang kartun 2 ketul tu. Suka memang la suka tapi tak adalah 24 jam haku nak melayan benda alah tu.

So, aku pun amik in charge and bagitau budak2 ni;

"Ape kata kita tengok cite lain nak? Atam bosan lah asyik cite ni. Syameel nak ape?"
"Lego! Ameel nak LEGO"
"Mak Tam, Darwisya nak FROZEN. LET IT GO~~!!!"
"Hafeez nak Cars! Atam! Cars!"
"Frozen! Cars! Lego" bersahut-sahutan.

"Okey! Macam ni. Sume kartun tu takde. Kite tengok ape yang ade ok?"

Scroll...scroll...scroll

Hafeez : Atam, tu hafeez nampak Frozen... Tu Cars! Ade je LEGO

Aku : Takmo lah, Bosan lah

Faham tak dah susah nak tipu bila bebudak dah pandai membaca. Dah tak boleh tipu. Huhuhuhu


Aku: Hah! NI! Jom tengok cite ni.


Enter "THE LION KING"

Aku : Okey semua! Jom tengok! Bagitau binatang apa yang nampak! Go!

Girraffe! Lion! Tiger! Atammmm.... ade Gajah! Gajah!

Sepanjang2 lagu Circle Of Life (Opening song) memcam binatang diorang sebut.....dan tanye.
 Aku macam, okay, they're gonna love this movie!

Aku and kakak2, abang, adik2 aku sume dah karaoke lagu tu dah. Bukan setakat tu, dengan dialog2 sekali kitorang ajuk. Favourite kot masa kecik dulu. Skrip hafal siap.

Dan...dan....dan....

Sampai separuh movie, aku dengar bising kat luar.

Aku toleh belakang, bebudak hilang. Yang ade adik beradik aku je...memasing dok khusyuk tengok. Hahahahahah!!!!

Kuwangsam bebudak. Pandang rendah pada movie favourite kami. Mentang2 la setakat lukis tangan je, bukan computer animation.

Takpe, takpe bebudak.... Nanti bile korang dah besau, korang bagi anak2 korang tengok frozen, sorang pon taknak layan. Fahamlah perasaan kami bagaimana. Huh!



Friday, November 28, 2014

Semut

Manager : Yana, awak ingat Part Nombor foil ni?

Aku : Ini? Kenapa dengan foil ni?

Manager : Kan kes foil break dulu. Tukar foil yang ini. Foil break jugak.

Aku : Ooooo.... lupa la

Manager : Lupa je awak ni! Apa yang awak ingat?! Banyak makan semut ke asyik lupa je

Aku : Hmmmm....tu la pasal....  banyak jugakla saya termakan semut....

Manager n others at meeting table : Krik krik krik..... smileee

Manager : Awak dengar tu Man? Boleh pulak dia. Eeeeiii!!! Gerammm je saye tengok awak ni tau!

Aku : Huh?!








Seriously aku dah penat gile tadi, Sample bertimbun, tetiba production buat hal.

Maaflah, tak berniat nak membuat sebarang sengal. Aku malas layan.

Ha ha ha ha...

Ok pe, manager factory tak jadi marah. Senyum kan comey

Sunday, November 16, 2014

Amayzing brain

Aku > Hah! Aku suka lagu ni
Ina > Sape nyanyi?
Aku > Noh Hujan
Ina > Tajuk?
Aku > Taufan
.........*chorus muncul*......
Aku > Eh! Salah! Angin kencang! Hahahahah!!
Ina > Dia sinonim kan tajuk lagu pulakkkkk.....


Well, aku MEMANG ada masalah bahasa. Tapi dah besau gini, and asyik di point out oleh orang sekeliling, aku jadi risau. Time meeting pun words hilang. Paling aku pelik, ya...aku sendiri pelik, word 'HQ' pun aku tak ingat. Aku just ingat huruf 'Q' je. So...macam2 aku try padankan. IQ, TQ....
Aku stress. Hahahaa!!

Sebab stress, aku pun google la, masalah aku ni.

Hasilnya, aku memang ade language disorder.  MAYBE ada mild expressive dysphasia. Dekat otak, bhagian language, ada sedikit abnormal. Either sbb hentakan, stroke (most of the case) or pembentukan tak sempurna. 

Lambat cakap masa kecik. Sampai umur 5 tahun, bahasa kita, aku pelat. Mak kata aku pelat kronik. Langsung tak paham. Aku cipta bahasa sendiri. Mak aku guna mother instinct je nak paham aku. Hahaha!! Sindrom no 1

Lambat baca and menulis. Apa2 bahasa pun aku memang lambat nak catch up. Sindrom nombor 2

Ketiga, aku tahu apa aku nak cakap tapi cant find the exact word. Hanya ingat satu atau dua huruf. Kadang2 langsung tak jumpa. Aku akan cakap sinonim perkataan tu atau describe 'benda' tu secara panjang lebar. 

Road tax : Alaaaa... yang kita renew tiap tahun tu. Tampal kat cermin kete. Ade kaler2.

Kuih ketayap as kuih kopiah.

Billiard jadi Billboard.

Kadang2 langsung tak ada maksud atau maksud lari terus. Just slipped from my tongue. Dan aku sedar atau tidak salah aku tu.

Itu yang aku google la. Tak tau lah exactly macam mane sebenarnya. 




Nak tahu kesahihan 'sakit' ni, kena MRI otak. Or jumpe pakar. Tak kuase aku. heh!

Its not really bothering me actually. Cuma.....

"Macammana aku nak jadi lecturer kalau macam ni?"

And thats bring me down. down. down.

Jadi cikgu tadika la camni. Hahahaha!!


Nak sembuh boleh, speech therapy je. Tapi....kalau sembuh, aku dah takde joke untuk aku gelak sendiri. 



Google juga beritahu bahawa orang2 begini akan rasa rendah diri dan hilang keyakinan. Hmmmmmm........ encik google, cara nak overcome tu, just laugh at yourself. Your brain makes jokes to tickle itself. Toksah malu lah. 

 

Tuesday, November 4, 2014

Kenapa?

Kenapa....... Cinderella nak balik cepat..... tapi bila Prince tu datang, tak segan pula berusaha tunjuk muka. Kan senang dari awal lagi tak lari daripada majlis tu. 

Kenapa..... aku tak boleh tido ni??? Esok keje mengantuk bertimbun weh

Tuesday, October 28, 2014

Jatuh cinta

7 Tahun lepas.... Aku dah jatuh hati, tangkap cintan sama 'dia'

Aku macam dah ter-enchanted la dengan 'dia'

Lepas tu, tahun lepas pergi jumpa 'dia'

Masih cantik, langsung tak berubah. Jatuh cinta buat kali kedua. Makin suka pulak tu.

Lepas tu Weekend baru ni pergi semula jumpa dia. Aku ingat sembuh sikit la parah gila aku pada 'dia' ni, sekali makin haru adalah. Semakin suka, semakin jatuh cinta sebab 'dia' sangatlah teramatlah cantik.

Tapi apakan daya, 'dia' bukan aku punya pun. Menumpang aje. Muka langsung tak reti nak tahu malu, bertandang macam tu, Huhuhu..... Tapi kalau dah jatuh cinta, rase malu semua dah lupa. Bila dah lepas rindu, baru la rase menyesal sebab gile muka tak malu menumpang. Moga tak memalukan mak abah di kampung atas kelakuan anaknya ini.

Dia = Sawah scenery dekat rumah nenek Hana. Sekarang dah jadi sawah scenery di kampung halaman @ rumah family Hana sebab dia dah pindah rumah baru kat situ.




Sawah dekat taman perumahan Bagan Serai tu pun aku suka gak. Lagi2 tang pokok nan sebatang tuh. Pergh! First time datang dulu, bersinar mata aku tengok. Melekat terus dalam otak dan hati.

Tapi yang dekat rumah Hana yang sekarang ni memang...MEMANG.... aku giler2 suka. Tahun lepas pergi menyinggah satu malam, dah bikin aku mimpi 5 hari straight pasal area rumah nenek Hana tu. Sampai aku terfikir, aku ni kena sampuk ke hape ni? Hahahaha!!!


Weekend baru ni, pantang diajak, tak ada hal hujung minggu memang Ya Allah, tak tahulah malu masa tu campak ke mana. Ikut jugak minah ni balik kampung. Memang puas hati giler! Dapat kayuh basikal round sawah. Dapat cop mohor kat lutut tau!.... hurmmmmm...kite terjatuh beskal sebab kaki tersangkut masa nak turun. HAHAHAHAH!!! Dah beso panjang pun boleh jatuh beskal.


Muka tak malu jugak, duduk lepak dekat berandah tepi rumah Hana menghadap sawah. Ya Allah! Sedapnya angin bendang, tengok burung2 dan bangau2 riang berterbangan. bersepah kat langit diorang terbang. Subhanallah, MashaAllah, Allahuakbar. Cantik sangat, best sangat!

Muka tak malu jalan2  atas batas. Yang dekat depan umah beliau saja. Aku nak round pi bendang sesorang, Hana tak bagi. Naseb baek la ade Ina sanggup meneman dan melayan gilanya aku ni. Kalau tak, memang batas sawah pun tak terjenguk kot. Tsssskkkkkkkk....


Ingatkan lepas dapat lepas rindu sekali, dah okeylah, sekali aku lagi lagi lagi rindu ni pasaipa?

Balik2 terus dok godek Homestay dekat sawah padi area Selangor. Jadilah. Tak kira! Aku heret je sesapa nanti stay satu malam kat mana2 Homestay. Ceq dah malu tahap gaban pakai 5 lapis topeng da nak gi umah Hana ni. Sekali setahun cukup la. Sekali setahun pun rase macam dah segan gile2 dah ni.


Aku nak jugak ada rumah tepi sawah. Nak jugak! Tak kira! Nak cepat, kawen ngan orang yang rumah dia tepi sawah. Kat rumah Hana aritu nampak la bebudak main2, aku rase rumah depa tu yang tepi sawah tu. Tak tertanya la plak ade abang ke tak. Haishhhh...OMG!!! Kegilaan apakah ini?


Note : Hana, kalau ayah ko jadikan rumah lama homestay, aku nak sewa satu malam, pakej sekali ngan beskal eh. Ok Bai

Note : Aku pernah terlupa word 'sawah padi'. Dalam usaha aku nak me-recall perkataan tu, yang terkeluar dari mulut adalah 'ladang beras'

OK BYE. My brain is funny. OK BYE

Monday, October 27, 2014

Pesan pagi

Sebelum ke kereta untuk ke kerja....

Macammana kau boleh bersikap batu?
Sekeras batu? Se tak peduli itu?

Soalan yang aku dapat.

Sebab aku blur kot...hahahaa!!

Ada kelebihan kalau blur ini...

Satu je,

Jangan buang masa rasa tak bahagia disebabkan orang yang entah siapa2.
Siapa dia untuk halang aku rasa bahagia?
Siapa dia?
Siapa?

Dia tak siapa2 pun pada aku.
Dan aku selalu ingatkan diri aku tentang itu.

Tak pernah berjasa, maka siapa dia untuk halang aku terus rasa bahagia?
Buat bodoh sudah.

Monday, October 6, 2014

I always wondered

Aku...kalau aku bagitau orang aku ada 7 adik, selalu reaksi terkejut aku dapat.

Bukan sebab terkejut kerana ramainya adikku. tapi terkejut sebab betapa aku langsung tak nampak seperti seorang kakak. macam si bongsu adalah. Takpun orang yang tak ada adik yang jauh jarak beza umur.

perasan awet muda sekejap...kahkahkah!!!

Aku macam.... tak cukup ke-kakak-an kah aku?

Fikir...fikir, maybe sebab aku ngan adik-adik macam kawan sebaya.
Sebab aku manja dengan adik-adik.
Sebab selalu harap pada adik-adik.
Apa-apa pun, rujuk adik-adik.

Pilihkan baju ke, tudung ke, adik2.
Hal2 kereta, tukang, letrik, juga harapkan adik2.
Hal cintan cintun pun consult ngan adik2.

Adik2 harapkan duit je dari aku. Kahkahkah!!!

Pagi raya, cermin kereta pecah. Aku gamam. Stress sekejap, masuk rumah balik, diam duduk dalam bilik.

Keluar bilik, tengok kereta, adik2 dan akak aku yang dok belek cermin kereta, balut tak kasi berderai.

Masa tu aku tersentak, betullah, aku manja. Hal kereta sendiri... tapi akak ngan adik yang setelkan.

Pegi survey bengkel, kakak n adik jugak. Aku keluar duit je.

Maka, aku dah tak hairan kalau penampakan aku sungguh kebongsuan.

Tak lama lagi adik laki nak kawen.
Can I Cry?



T__T

Friday, September 19, 2014

Fobia itu

Cuti...sebab ada interview.

Yang hancussss.... huhuhu...

Rasa nak tengok wayang. So pegi Citta Mall. Tengok apa yang ada. Decided nak tengok The Purge 2.

Ia adalah cerita tentang satu malam di mana semua jenayah termasuk pembunuhan dibenarkan.
Maka berbunuh-bunuhlah rakyat sesama rakyat.

Dan dalam panggung besar itu, hanya aku dan seorang lagi lelaki yang duduk di hadapan aku.

Sepanjang panjang cerita tu, aku dok terfikir nak buat apa kalau tetiba pakcik depan ni naik hantu nak maen tembak2 ke, ada pisau ke, macam dalam cerita The Purge tu.

Aku Sorok sinilah, pastu merangkak pegi belakang. Or amik beg hempuk? Atau lari tak cukup tanah? Ah! Nyorok paling berkesan kot.

Punyalah terpengaruh dengan cerita tu. Sampai terfikir macam macam.
Sepanjang cerita. Memang suspen. Psycho gak la cerita tu.

Dah habis movie, lampu panggung tak bukak2. Lelaki tu tak bergerak jugak dari seat dia. Aku makin sesak. Toleh belakang.

Cis! Ada lagi 2 orang kat belakang. Buat penat aku cuak je. penat aku cuak dengan cerita, dengan imaginasi berlebihan aku lagi. Choiii!!! Kalau tahu aku bukan berdua tapi berempat, takdelah aku fikir macam macam sepanjang cerita.

Adoiiiii


Ulasan pasal cerita? Aku cuak sebab aku rasa cuak secara realiti juga.
Aku tak boleh bagi justifikasi yang tepat.

Sebab aku memang cuak dan saspen sepanjang cerita.

Sekian




T__T

Tuesday, September 16, 2014

Always Abah's little girl

Aku rindu abah.
Abah yang aku boleh gaduhkan, menjawab semua soalan dan kenyataan.
Abah yang suke tepuk kepala bila aku asyik menjawab je, nak cubit dah besar panjang kan.

Aku nak jadi abah's little girl lagi.
Nak adu pasal keje, pasal bos.
Nak cerita pegi sana, pegi sini.
Nak berlawan lagi.

Tapi I need to push myself, to be someone who he can depend on.
Its his time now.
Aku tahu dia tak suke rasa kebergantungan pada orang lain.
Betapa dia rimas rasa perlukan bantuan orang lain.
Sebab selalunya dia yang bising kehadapan pimpin kami2.

Dah tak ada abah yang dulu. Itu satu fakta yang amat teramat pahit untuk aku telan.
Sebab I'm still his little girl.
And this little girl, need to grow up.

Need to accept this.
Its OK abah, as long as I can see you, its enough.

Just, this situation breaks my heart, so much.
I even cant talk with you through phone.

"Ikut suka hati Ana lah"
That give up sentence from you, untuk anak degil ini, lama dah tak dengar, bah.


And thanks to this feeling, hati aku rasa kebas dan bebal untuk rasa apa2 rasa yang lain. Di dump 10 orang pun, sudah tak rasa apa. Sebab aku rindu abah aku lebih lagi.


Boraklah, 'gaduh'lah with your precious one. Selagi boleh.



Pray for me, pray for us, pray for our strength.



Abah, Ana rindu abah.....



Monday, September 8, 2014

Projek 2014

Mata memandang depan. Skrin biru, 2 minit berlalu, pandangan masih kosong.
Jari rancak bermain sesama sendiri. Seakan berfikir satu yang serius. Isu apa?
Mata berkelip, 5 minit berlalu. Masih dengan pandangan kosong.

Bibir diketap. Kosong, sungguh kosong pandangan itu, sekosong pemikiran.

"Hoi! Menung apa? Jauh sangat nampaknya" Sergahan Azah gagal mematikan pandangan kosong itu.

"Psssttt... Kak Sal, dah kenapa budak ni?"

Salwa menjungkit bahu Tanda tidak tahu.

"OPOCOT MAK KAU SIHAT TAK?!" Zura tangkas bangkit dari kerusi. Pipi bertukar jadi merah padam. Terasa berpasang-pasang mata memerhati, dengan aura ingin tahu yang kuat. Apa yang kecoh pagi Isnin ni?

Haish! Budak Azah ni kannnn!!!

"Kau ni Azah! Dah tahu aku ni kuat melatah, kau cucuk pinggang aku tu kenapa! Naseb baik aku tak pegang pisau ke.... naya je kita nanti nak jawab dengan boss kes industrial accident tau! Tak reti bagi salam?" Bebel Zura panjang, separuh berbisik. Mata tajam memandang Azah.

"Sekali mak nenek ni membebel...huiiii....panjang dia~~!!! Sempatlah aku jogging satu round Tasik Shah Alam tu."

Azah mencemik, lantas kerusi kosong di sebelah di tarik dekat. Hmmm...Ira tak ada lagi harini. Eh, memanglah tak ada, cuti bersalin.

"Berangan lah ko jogging. Jalan 100 meter pun dah mengah nak minum air tebu satu jug. Ada hati nak jogging. Sudahlah kau!"

"Hah! Itu maksud aku. Bayangkanlah kalau aku jogging. Lama gila-gila kan, macam lambat gila nak tunggu aku habis pusing satu taman. Macam tu lah panjangnya kalau kau bebel. Penat tau!"

"MENJAWAB! Eeeiii!!" Satu cubitan kecil tapi berbisa singgah di peha Azah.

"Hoi, sakitlah"

"Asal tak jerit kuat lagi. Baru kau tahu level malu aku tadi tahap mana. Suka hati je cucuk orang"

"Memang tengah suka hati pun. Hahaha!!! Babe, aku siap sergah kau kot tadi. Menung jauh... sampai aku sergah pun tak sedar. Tak percaya, tanya Kak Sal"

Azah melambai Salwa, meminta persetujuan atas kenyataan sendiri. Salwa mengangguk malas. Azah senyum puas hati.

"Kau, kenapa? Gundah gulana tak jumpa abang handsome ke?"

Zura memandang Azah, kosong. Tangan mencapai pensel tekan. Di tekan berulang kali, kepala ditunduk memandang lantai, bibir diketap.

"Sudah...kenapa ni, Zura? Nak kata sakit kesan aku cucuk tadi, aku dah potong kuku, dah tumpul jari aku ni. Tengok." Lawak hambar Azah disambut dengan pandangan kosong Zura. Azah mengeluh. parah budak ni. Tak pernah jadi macam ni. Kenapa tiba-tiba pagi Isnin jadi begini?

"Aku Monday Blues" Jawab Zura perlahan. memalingkan muka memandang skrin biru. Tak bergerak. Statik begitu.

"Tak payah bohong. Nak aku tanya Syarif ke? Gaduh ngan abang handsome ke macam mana ni?"

"Azah.... Babe, Syarif dah tak handsome"

"Hah?! Kemengarutan apa kau repekkan ini?"

"Babe, Syarif.... Esok anniversary kitorang. Tapi dia.... dump aku malam tadi"

Diam.


To be continued....... if I rajin yaw


*Kisah ini, separa benar, separa fiksyen, separa khayalan, separa harapan.




Saturday, September 6, 2014

Random Fakta

Dear 30 years old Yana Sahri, this is you when you are 27..... OH MY!!!! Lagi 3 tahun je kot nak 30! Tak payah nak dear dear sangatlah!

T__T

Anyway, lets thinking...

1) Ramai orang cakap aku ni kalau bercakap, terlebih yakin diri. Salah fakta pun muka confident habis. Actually, aku rasa perkara yang salah itu adalah betul di saat aku berkata, maka berbekalkan keyakinan yang jitu itu, aku suarakan perkara itu dengan penuh yakin. Hahaha!!!


2) Selalu ada masalah kosa kata, tatabahasa. bahasa apa pun.... pasti salah. Dalam otak macam scrabble yang tak tersusun. Imej kat otak belah kiri, huruf berterabur kat otak sebelah kanan. Contoh la ni! And thats why aku selalu salah.....ini analisis dan hipotesis sendiri. Tolong yakin dengan aku


3) Weakness? Public Speaking. Interview OK. Public speaking is a big NO NO! Tak tahu macammana nak control suara terlebih sedih macam nak nangis bila bercakap depan orang ramai. I just dont know how. Sigh...


4)  Dahulunya, sangat gayat. Dah overcome setelah beberapa siri cabar diri sendiri


5) Tak suka mesej dengan orang tak kenal. Dengan orang yang rapat betul2 rapat je aku boleh mesej tak berhenti. Merapik sana sini. Maka, SEKIRANYA aku yang mula mesej dulu, no reason, just say hi tanye khabar.... its a sign that you are 'somebody' to me. 


6) Saya bukan perempuan kategori planet Marikh. Planet Pluto mungkin. Dah berapa orang dah cakap camni. Termasuk suatu-yang-pernah aku.Entah

7) Sangat suka berdialong dengan diri sendiri.


8) Mimik muka natural adalah masam dan garang. Thats why...


9) Cant hide my emotion. Akan terserlah kebencian aku ke, kegembiraan aku ke. Memang tak pandai sorok. People will know


10) Overreacting. Kalau happy, sampai tergelak, bulat mata aku kegembiraan tak terbendung. Thats why some people suka buat aku gembira kot, sebab respon aku sedikit over. Pernah bos bawak makan pizza masa course kat Yamaguchi, aku makan dengan gile2 happy sampai bos order lagi 2 pizza. Hahaha!! 


11) Bila aku marah, tak ada orang yang takut sebab orang tak tahu aku tengah marah   T__T
Langsung tak garang. Bukti aku lemah lembut. Bahahaha!!!

12) Manja dengan adik adik sendiri.  Maybe sebab tu ramai nampak aku sebagai "bongsu" padahal aku ni kakak kepada 7 adik woi!


13) 4 tahun duduk Jepun tapi tak suka japanese food sangat... big fan of takoyaki though


14) Sangat suka layan movie based on true story. 


15) Prefer cartoon over action movies.


16) Aku pernah sungguh2 suka (fell in love) with Daniel Radcliffe. Orang fikir aku just a fan of him. But nope. Aku suka giler! Siap ada diari Dear Dan lagi aku tulis untuk Daniel and bersungguh nak pos pada beliau. Terima Kasih Ya Allah tak menemukan alamat Daniel Radcliffe. Malu gile bila ingat kegilaan dulu. Sebab tu aku tak ada crush dengan mana-mana lelaki senior junior sebaya masa sekolah menengah. Because of Dan. Hahahahahah!! OMG!!! Gelak golek2


17) Suka gile ayam dan Coklat perisa Oren! Tak suka cendawan and unagi sebab teksture yang pelik


18) Pernah cita-cita nak jadi penulis novel. HAHAHAHAH!!! Gelak lagi!


19) Sangatlah cerewet hal pakaian dan accessories. Sangat!


20) Suka Menjawab. Thats why..... JUGA suka tanya benda pelik tiba2. Apa maksud bagan? Kenapa "laju macam pelesit",  bukan "laju macam cheetah"? Cheetah kan haiwan paling laju. Laju macam cahaya ke.... Ya..... walaupun suka menjawab tapi banyak juga soalan yang sendiri tak reti jawab.


Soooooo......how about you 'now', 30 yo Yana Sahri? (Yana Sahri yang lebih tua 3 tahun?)


Oh best gile ade blog tak ada pembaca ni!!!