Tuesday, December 30, 2014

It never really hits you until... (2)

BANJIR

Tak banyak tempat dan orang berpengalaman dalam banjir. Maka, hanya sekadar simpati tanpa cukup rencah rasa. Takkan terbayang rasa shocked yang mangsa rasa. TAKKAN.

Sebelum ni, rumah aku tak pernah langsung air menyapa. Tapi banjir kali ni, memang sangat meragut jiwa. Dan ramai tak faham rasa tu. Ramai cakap aku overreacted. Maybe, tapi aku bukan tak layak untuk rasa jiwa diragut, itu bandar tempat aku membesar, kampung aku jatuh basikal, walau aku tak kena seteruk mana, still....

Macam ni ya. Untuk kami yang duduk tepi sungai, memang tiap tahun banjir, kami tahu akan ada banjir. Setara mana sahaja yang tak tentu. 27 tahun aku hidup, kampung aku pasti banjir. Cuma, airnya tak naik tinggi. Yang kena cumalah beberapa rumah yang betul2 di kawasan rendah.

Aku cakap lagi sekali, biasa. Banjir bukan satu perkara baru untuk kitorang.

Bila dah BIASA, kita dah tahu pattern banjir macammana. Naik setakat 2~3 hari, nanti surutlah.

"Dah tahu Kelantan teruk, ready je lah!"

Nak kena lepuk?

Sebelum2 ni, Kelantan ke Kuantan ke Terengganu or Kedah BANJIR SETERUK MANA sekalipun, Tak effect banyak kat Temerloh. Macam aku cakap tadilah, dah biasa naiknya sekejap2, nanti esok lusa, surutlah.


Tapi banjir kali ini LUAR BIASA.


Tak ada sorang pun yang tahu akan jadi macam ni, Hatta pakar kaji cuaca pun tak jangka, dah tu ko ingat kitorang ni terer nak tahu air akan naik paras mana?

Aku dah tak sedap hati seminggu sebelum banjir. Instinct. Alhamdulillah.

Khamis 25 Dec, adik bagitahu air kat kebun paras buku lali. Lagi sekali aku cakap, itu biasa. Maka seyakinnya aku cakap, orang kampung langsung tak expect apa2. Telefon abah, abah kata
"Esok surutlah tu"
Sebab itu biasa.... selalunya begitu. Ok? Faham?

Tapi hati aku tak sedap sangat. Risau.

Esoknya, 26 Dec, pagi2 telefon adik. Adik bagitahu air di kebun dah naik paras dada. Aku shocked! Aku literally menggeletar. Adik aku suara cuak. Sebab kenaikan air sepantas itu adalah LUAR BIASA. Faham?

"Kak Chana, Baqis terketar dah ni Tak tau nak buat apa. Abang Nih tengah selamatkan ayam"

Aku contact kakak aku, nak bawak mak abah adik2 datang KL. Abah ngan mak tak nak. Tapi kitorang pergi balik jugak. Masa tu aku perasan orang office tak faham keperluan aku balik. Tak faham cemasnya aku. Air paras dada sama macam banjir tahun 1988.

Ada masa 2 jam untuk kakak2 aku call dan pujuk mak abah sebelum kitorang sampai ke kampung. Sampai Kampung, aku memang sangat2 terkejut. Dah jadi macam laut. Jalan depan rumah dah naik air. Kitorang parked kereta jauh. Jalan kaki je pergi rumah. Sampai rumah, tengok mak abah relaks lagi. Baju semua tak kemas.

Sekarang, faham tak maksud aku, BIASA?

Abah pulak yang pujuk kitorang tidur situ, tak payah balik KL. Dia taknak balik KL. Mak pun. Langsung tak buat apa2. Aku cemas nak nangis tu, tapi diorang relaks saja.

"Ni tak naik dah ni. Esok surutlah" Abah dan mak masih dengan kebiasaan. Jiran pun macam tu. BIASA

Air kat belakang rumah sangat deras. Aku confirm lemas la kalau pegi situ. Memang rumah aku macam pulau. Keliling sungai, bukan air banjir lagi. How I wish I can show all of you the terror!

Tapi, kakak aku mastermind nak pujuk mak abah. Kitorang kemaskan jugak barang2. Psichology skitttt. Hehe...

Barang letrik bawak naik atas, gulung semua karpet, Baju semua letak dalam plastik. Kosongkan peti. Cabut plug. Kemas gitu2 je, sepanjang kemas kitorang cakap

"Agak2 kalau air naik pun, sampai buku lali je kut. Tapi kalau teruk? Takkanlah....paling koman pun pinggang je. Ahad nanti baliklah. Surut dah time tu"

Sekarang aku terfikir, agaknya macam nilah semua mangsa banjir di mana2 fikir. Air naik kejap je, nanti surut. Tak naik banyak, nanti surutlah. Huhuhu

Tengah berkemas2, bekalan elektrik terputus. Gelap. kitorang dah tak nampak apa. guna lampu handset je sudahnya. So, kitorang pun nak balik ke KL, mak abah setuju nak ikut balik malam tu jugak. Dah takde letrik, nak buat camne kan?

Tahu, mak abah sangat lah berat hati nak tinggalkan rumah. Tapi aku berkeras, aku nak ikut instinct aku. Kalau tak, something bad will happen. Really bad.

Alhamdulillah. Aku tak terbayang kalau mak abah adik2 still kat kampung sekarang. Air naik tinggi giler! No, can't imagine.
Mak asyik nak tengok rumah tapi dah tak boleh datang dekat. Mintak somebody tengokkan rumah. Nampak bumbung rumah, cukup. Tanda rumah masih ada. Huhu

First time tengok gambar belakang rumah yang mak dapat, aku nangis, teruk. Korang takkan faham, rasa macammana tengok rumah yang kau langsung tak jangka air akan sentuh, tenggelam separuh. Korang takkan faham.

Cakap
"Cukuplah...tu boleh cari lain. Asalkan nyawa selamat, dah lah"

Senang

Dulu aku pun tak faham. Sekarang aku faham. Alhamdulillah. Allah bagi aku faham sikit. Sikit je sedih ni berbanding dengan orang yang hilang terus rumahnya.

Tak.....korang takkan faham.

Aku faham korang tak faham, tapi aku tak faham bila ada orang tak bagi aku rasa sedih. Itu hak aku untuk rasa sedih. Rumah, Kampung, Bandar aku, tenggelam. Tak pernah macam ni. tak pernah.

Kenapa ada salahkan kitorang tak reti ramal benda ni nak jadi?

Kalau tak pernah banjir lepastu tiba2 banjir, sure kau akan bawak naik semua benda. Macam kawan2 aku di bandar. Diorang shocked. Dan terus bawak semua. Ready for the worst

Bagi kitorang yang dah biasa hadap banjir ni, akan anggap itu biasa. Tak ready for the worst pun sebab tiap2 tahun patternnya sama.

Boleh faham tak sekarang?

Lantak la tak faham pun.

Ngadu kat Allah gak best. Allah temukan ngan pujukan. =)

Alhamdulillah, ini pengalaman. Moga Allah lindung dan jaga semuanya.

Hasbunallah wa ni'mal wakeel.

No comments:

Post a Comment