Wednesday, December 3, 2014

Bebudak ni....

Balik kenduri haritu, penuh la rumah dengan kanak2 sekalian.
Anak anak buah aku dan sepupu sepupu kecilku.
Meriah! Sepah! Kecah!

Hahaha!!

TV memang dah tak boleh nak ambil hak dah. Kalau kami yang dewasa ni ambil hak TV mereka, maka akan kecah la satu rumah dikerjakan mereka. Maka kena umpan ngan TV gak

Ya Allah pening kepala dok tengok ulang tayang FROZEN, LEGO, FROZEN, LEGO

Ye lah, sambil nak packing goodie bags tu mestilah nak menonon something fun kan.

Sakit kepala aku duk ulang tayang kartun 2 ketul tu. Suka memang la suka tapi tak adalah 24 jam haku nak melayan benda alah tu.

So, aku pun amik in charge and bagitau budak2 ni;

"Ape kata kita tengok cite lain nak? Atam bosan lah asyik cite ni. Syameel nak ape?"
"Lego! Ameel nak LEGO"
"Mak Tam, Darwisya nak FROZEN. LET IT GO~~!!!"
"Hafeez nak Cars! Atam! Cars!"
"Frozen! Cars! Lego" bersahut-sahutan.

"Okey! Macam ni. Sume kartun tu takde. Kite tengok ape yang ade ok?"

Scroll...scroll...scroll

Hafeez : Atam, tu hafeez nampak Frozen... Tu Cars! Ade je LEGO

Aku : Takmo lah, Bosan lah

Faham tak dah susah nak tipu bila bebudak dah pandai membaca. Dah tak boleh tipu. Huhuhuhu


Aku: Hah! NI! Jom tengok cite ni.


Enter "THE LION KING"

Aku : Okey semua! Jom tengok! Bagitau binatang apa yang nampak! Go!

Girraffe! Lion! Tiger! Atammmm.... ade Gajah! Gajah!

Sepanjang2 lagu Circle Of Life (Opening song) memcam binatang diorang sebut.....dan tanye.
 Aku macam, okay, they're gonna love this movie!

Aku and kakak2, abang, adik2 aku sume dah karaoke lagu tu dah. Bukan setakat tu, dengan dialog2 sekali kitorang ajuk. Favourite kot masa kecik dulu. Skrip hafal siap.

Dan...dan....dan....

Sampai separuh movie, aku dengar bising kat luar.

Aku toleh belakang, bebudak hilang. Yang ade adik beradik aku je...memasing dok khusyuk tengok. Hahahahahah!!!!

Kuwangsam bebudak. Pandang rendah pada movie favourite kami. Mentang2 la setakat lukis tangan je, bukan computer animation.

Takpe, takpe bebudak.... Nanti bile korang dah besau, korang bagi anak2 korang tengok frozen, sorang pon taknak layan. Fahamlah perasaan kami bagaimana. Huh!



No comments:

Post a Comment