Friday, January 16, 2015

Elmo

Arghhh!!!

Geram pulak aku tetengah malam buta ni.
Geram tengok Akai Ito.

Atsushi-kun no Baka! BAKA!

1st, if you want to break up, TELL. Bukan IGNORE. Hurt like MAD!
Aku pernah rasa and I cried A LOT! Well, bukan kekasih. Just my major crush pastu we become very close friend. My soul-mate.

Bila aku nangis sebab stress je (mind you, I cried alone in my room) Dia nun kat Kuantan tu, call just to cheer me up. Aku tak bagitahu dia pun. He just got the instinct to call me. Always....
"Are you ok?"
"Nangis je kat Fid, Fid ok"
Unbelievable kan?
But then, dia hilang. Never return my call, not reply any message. Aku call rumah, adik dia akan cakap die bz or keluar. Then, dia tukar nombo phone. He was my best friend. He was my best buddy, soulmate. But.....PUFFF!!! Gone! Gile sakit hati. Teruk aku nangis. Without a word.....he left me.
Nak blah, CAKAP! TERUS TERANG! Get it?
"Sorry Yana. Fid tak kawan or mesej or contact ngan gf orang"
Susah ke?




2nd, Masa break up, cakap tak suka la... mukatsuku la, mendoukusai la. Tapi realitinya lain.
Haih.... terus terang la. Happened to me too.
Lagi sakit hati sebenarnya, bila kau tahu reason sebenar break up lepas kau dah terima reason pertama (yang dia tipu tu) sepenuh hati.
Terus terang. Boleh?
"Rasa macam dah suka orang lain. You tak kisah ke bermadu kasih?" <--- kompem awek kau yang mintak break. Tak payah susah2 kau susun ayat ke, berlakon ke. Okay?




3rd, Sebab nak convey Mei yang dia kononnya dah tak suke Mei, nak Mei benci dia, Atsushi ni cakap kat Mami yang ala2 dia senang ngan Mami depan Mei. Ayat selindung konon2 suka kat Mami. Mami pun ape lagi, perasan la...berbunga-bunga la hati beliau. ARGH!!!!! Jangan mainkan perasaan orang lain boleh tak? ARGHHHH!!!

Keep in mind, Yana Sahri. Don't do these three to others. NEVER! DON'T!




Tuesday, December 30, 2014

It never really hits you until... (2)

BANJIR

Tak banyak tempat dan orang berpengalaman dalam banjir. Maka, hanya sekadar simpati tanpa cukup rencah rasa. Takkan terbayang rasa shocked yang mangsa rasa. TAKKAN.

Sebelum ni, rumah aku tak pernah langsung air menyapa. Tapi banjir kali ni, memang sangat meragut jiwa. Dan ramai tak faham rasa tu. Ramai cakap aku overreacted. Maybe, tapi aku bukan tak layak untuk rasa jiwa diragut, itu bandar tempat aku membesar, kampung aku jatuh basikal, walau aku tak kena seteruk mana, still....

Macam ni ya. Untuk kami yang duduk tepi sungai, memang tiap tahun banjir, kami tahu akan ada banjir. Setara mana sahaja yang tak tentu. 27 tahun aku hidup, kampung aku pasti banjir. Cuma, airnya tak naik tinggi. Yang kena cumalah beberapa rumah yang betul2 di kawasan rendah.

Aku cakap lagi sekali, biasa. Banjir bukan satu perkara baru untuk kitorang.

Bila dah BIASA, kita dah tahu pattern banjir macammana. Naik setakat 2~3 hari, nanti surutlah.

"Dah tahu Kelantan teruk, ready je lah!"

Nak kena lepuk?

Sebelum2 ni, Kelantan ke Kuantan ke Terengganu or Kedah BANJIR SETERUK MANA sekalipun, Tak effect banyak kat Temerloh. Macam aku cakap tadilah, dah biasa naiknya sekejap2, nanti esok lusa, surutlah.


Tapi banjir kali ini LUAR BIASA.


Tak ada sorang pun yang tahu akan jadi macam ni, Hatta pakar kaji cuaca pun tak jangka, dah tu ko ingat kitorang ni terer nak tahu air akan naik paras mana?

Aku dah tak sedap hati seminggu sebelum banjir. Instinct. Alhamdulillah.

Khamis 25 Dec, adik bagitahu air kat kebun paras buku lali. Lagi sekali aku cakap, itu biasa. Maka seyakinnya aku cakap, orang kampung langsung tak expect apa2. Telefon abah, abah kata
"Esok surutlah tu"
Sebab itu biasa.... selalunya begitu. Ok? Faham?

Tapi hati aku tak sedap sangat. Risau.

Esoknya, 26 Dec, pagi2 telefon adik. Adik bagitahu air di kebun dah naik paras dada. Aku shocked! Aku literally menggeletar. Adik aku suara cuak. Sebab kenaikan air sepantas itu adalah LUAR BIASA. Faham?

"Kak Chana, Baqis terketar dah ni Tak tau nak buat apa. Abang Nih tengah selamatkan ayam"

Aku contact kakak aku, nak bawak mak abah adik2 datang KL. Abah ngan mak tak nak. Tapi kitorang pergi balik jugak. Masa tu aku perasan orang office tak faham keperluan aku balik. Tak faham cemasnya aku. Air paras dada sama macam banjir tahun 1988.

Ada masa 2 jam untuk kakak2 aku call dan pujuk mak abah sebelum kitorang sampai ke kampung. Sampai Kampung, aku memang sangat2 terkejut. Dah jadi macam laut. Jalan depan rumah dah naik air. Kitorang parked kereta jauh. Jalan kaki je pergi rumah. Sampai rumah, tengok mak abah relaks lagi. Baju semua tak kemas.

Sekarang, faham tak maksud aku, BIASA?

Abah pulak yang pujuk kitorang tidur situ, tak payah balik KL. Dia taknak balik KL. Mak pun. Langsung tak buat apa2. Aku cemas nak nangis tu, tapi diorang relaks saja.

"Ni tak naik dah ni. Esok surutlah" Abah dan mak masih dengan kebiasaan. Jiran pun macam tu. BIASA

Air kat belakang rumah sangat deras. Aku confirm lemas la kalau pegi situ. Memang rumah aku macam pulau. Keliling sungai, bukan air banjir lagi. How I wish I can show all of you the terror!

Tapi, kakak aku mastermind nak pujuk mak abah. Kitorang kemaskan jugak barang2. Psichology skitttt. Hehe...

Barang letrik bawak naik atas, gulung semua karpet, Baju semua letak dalam plastik. Kosongkan peti. Cabut plug. Kemas gitu2 je, sepanjang kemas kitorang cakap

"Agak2 kalau air naik pun, sampai buku lali je kut. Tapi kalau teruk? Takkanlah....paling koman pun pinggang je. Ahad nanti baliklah. Surut dah time tu"

Sekarang aku terfikir, agaknya macam nilah semua mangsa banjir di mana2 fikir. Air naik kejap je, nanti surut. Tak naik banyak, nanti surutlah. Huhuhu

Tengah berkemas2, bekalan elektrik terputus. Gelap. kitorang dah tak nampak apa. guna lampu handset je sudahnya. So, kitorang pun nak balik ke KL, mak abah setuju nak ikut balik malam tu jugak. Dah takde letrik, nak buat camne kan?

Tahu, mak abah sangat lah berat hati nak tinggalkan rumah. Tapi aku berkeras, aku nak ikut instinct aku. Kalau tak, something bad will happen. Really bad.

Alhamdulillah. Aku tak terbayang kalau mak abah adik2 still kat kampung sekarang. Air naik tinggi giler! No, can't imagine.
Mak asyik nak tengok rumah tapi dah tak boleh datang dekat. Mintak somebody tengokkan rumah. Nampak bumbung rumah, cukup. Tanda rumah masih ada. Huhu

First time tengok gambar belakang rumah yang mak dapat, aku nangis, teruk. Korang takkan faham, rasa macammana tengok rumah yang kau langsung tak jangka air akan sentuh, tenggelam separuh. Korang takkan faham.

Cakap
"Cukuplah...tu boleh cari lain. Asalkan nyawa selamat, dah lah"

Senang

Dulu aku pun tak faham. Sekarang aku faham. Alhamdulillah. Allah bagi aku faham sikit. Sikit je sedih ni berbanding dengan orang yang hilang terus rumahnya.

Tak.....korang takkan faham.

Aku faham korang tak faham, tapi aku tak faham bila ada orang tak bagi aku rasa sedih. Itu hak aku untuk rasa sedih. Rumah, Kampung, Bandar aku, tenggelam. Tak pernah macam ni. tak pernah.

Kenapa ada salahkan kitorang tak reti ramal benda ni nak jadi?

Kalau tak pernah banjir lepastu tiba2 banjir, sure kau akan bawak naik semua benda. Macam kawan2 aku di bandar. Diorang shocked. Dan terus bawak semua. Ready for the worst

Bagi kitorang yang dah biasa hadap banjir ni, akan anggap itu biasa. Tak ready for the worst pun sebab tiap2 tahun patternnya sama.

Boleh faham tak sekarang?

Lantak la tak faham pun.

Ngadu kat Allah gak best. Allah temukan ngan pujukan. =)

Alhamdulillah, ini pengalaman. Moga Allah lindung dan jaga semuanya.

Hasbunallah wa ni'mal wakeel.

Thursday, December 25, 2014

It never really hits you until...

Nak penghujung2 tahun ni, ada pulak benda yang buat aku tumbuk meja, campak henpon.

Selama ni, ada lah beberapa kawan aku diganggu gugat oleh suami orang.
I got shivers when they told me how the laki orang tu approached them. Mesej la bagai.

Tapi, bila kena dekat batang hidung sendiri, wow! Memang rasa nak tumbuk dinding.

Betapa beraninya lelaki orang itu nak try adik kawan sendiri? Bodoh ke ape?!

Dan nasiblah aku ni blur dan lurus seperti bendul.

Aku ini jenisnya, kalau orang tu tak kata dia nak ngorat aku, memang aku tak tahu pun dia tengah ngorat ke try ke ape ke. So, bila this person, my senpai (senior), contact aku kat FB, Aku macam ok, kawan lama contact. No big deal

Dia pun memang jenis peramah tak bertempat. Faham. Maka, aku layan je la. Borak pasal keje mainly. Nothing personal.

Then, dia mintak no phone. I asked why?

Dia cakap saja. Tengah kumpul contact no kawan2 lama. Ok, aku pun bagi. Aku masa tu dah syak something.....

Mamat ni jual ape? MLM ke?

Yeah, sebegitu blur. Blur sangat sebab aku tanya kawan aku yang lain ada tak Mamat ni mintak no phone, diorang kate takde. Ok.... Yana Sahri need a wake up call!!!
Sekarang baru TINGGG!!!

Dah terlambat!



Then, dari awal Dec, dia da start ajak lunch. Aku kate tak boleh. Kilang aku tak boleh keluar lunch kat luar. Then, dia ajak lagi. Then.... dia kate bosan la kat sh alam. Takde orang. Dia nak ajak lepak, nak catch up. MAKA AKU BERASA SIMPATI LALU SETUJU UNTUK KELUAR. Kesian orang bosan takde kawan.

Bila aku ajak kohai aku, kohai (junior) dia jugak, kohai aku macam...

"Pehal die nak bosan pulak? Geng dia sume kat shah alam kot"

WHAT THE FISH! Terus aku amuk di dalam opis. Aku rase tertipu. Aku dah simpati tau dak!

Maka barulah aku macam.... something fishy.... but aku nak berprasangka baik. Aku taknak tuduh bukan2. Dah aku ni sape la kan orang nak ngorat? Comot, selekeh, who cares?

Then aku pun tanye sane sini....dia ni nak meniaga ape ni? Iye2 ajak aku keluar.

Bila tak dapat jawapan mana2, sejajar dengan kelurusan dan straightforward macam kayu yang aku punyai ini, direct terus aku tanye;

"Weh! Ko nak meniaga ape ni sebenarnye? Iye2 ajak aku keluar."

Jawabnye tak ada ape2. Saje nak catch up.
Walaupun kohai dan orang sekeliling dah syak dia something, AKU MASIH NAK BERPRASANGKA BAIK.

Oh, maybe die nak ajak aku join consultant die.

Gile perasan hebat sampai fikir orang nak ajak keje bawah die kan. HAHAAHAH!!!

Kelakar sangat Yana Sahri ni.

Then, after menolak untuk tak jumpa sebab

"Sorry weh, aku tak keluar berdua dengan laki orang. Itu cari pasal namenye"

Die kate nak jugak jumpe. Call after call, then esoknya aku bagi 5 minit. Explain, sell what you want to sell, tell me the reason why you want to meet me so desperately.

"Actually, I want to know you more lah. Currently, I'm having problem with my wife"

Memang selamatlah meja kat opis tu aku tumbuk.
Satu opis dengar aku marah laki orang.

Yang menjelikkan aku, dekat FB, aku tengok bahagia je diorang laki bini. Dah ape problemnya?

Bak kata kakak aku, laki memang sengaja bagi alasan begitu untuk ngorat pompuan lain.

Dia ingat aku ni desperate sangat ke? Bila aku bagitu im not seeing anybody, bukannya sebab aku ni mengadu sunyi, bhai. Its because I DONT WANT to be in any relationship right now. I want to be in peace. 7 tahun aku punya emosi up and down, ni tengah menikmati perasaan single, tahu?!

Aku tak tahulah mamat ni dah kenapa. Bini cun gile. Entah apa lagi la yang dia nak. I really cant understand men la.

Aku sangat marah sebab aku pun perempuan, aku ada kakak dan adik. Kalau ipar aku buat kakak or adik aku macam ni, I'll smash him with anything. Wife kat rumah tu dah cun, baik jaga diri, trust you... how could you?!!

Allah, jauhilah aku, kawanku, keluargaku daripada lelaki begini atau menjadi lelaki begini.

Kalau ini cubaan dia nak prank aku, its a very very bad prank dude! Not a good one!

Nampak tak, aku masih nak bersangka baik.

Confirm, tak dapat aku, dia try perempuan lain ni. Kompem!

Oh lelaki, aku hadiahkan lagu lelaki by yuna untuk semua lelaki spesis ini.

Dulu aku pernah cakap kat diri sendiri, if ada laki orang kacau aku, aku nak bagitau wife dia. Ni dah betul jadi, I couldn't just do that. No! Dont tell his wife. Dont interfere with other's problem. Haih...



Camne aku nak kawen ni? Camne nak trust laki kalau dah kena macam ni? Ngan ex curang lagi. Haduiii

But, my officemate yang aku dah anggap macam bro sendri, cakap sesuatu yang buat aku seram and mahu cepat settle down;

"You know what kakak, you should get marry by now. Bukan sebab umur tau saye suruh you kawen. Tapi sebab saye lelaki. You dah kena kawen. Bahaya. Percayalah, saye lelaki"

His advice usually spot on. Only men know men. And now I'm considering to settle down.

Urghhh!!! Single is simple, you know. I need more reason and 5 Why on why I should get marry. Aku percaya nasihat bro aku ni, itu satu....

Give me another four......



Wednesday, December 3, 2014

Bebudak ni....

Balik kenduri haritu, penuh la rumah dengan kanak2 sekalian.
Anak anak buah aku dan sepupu sepupu kecilku.
Meriah! Sepah! Kecah!

Hahaha!!

TV memang dah tak boleh nak ambil hak dah. Kalau kami yang dewasa ni ambil hak TV mereka, maka akan kecah la satu rumah dikerjakan mereka. Maka kena umpan ngan TV gak

Ya Allah pening kepala dok tengok ulang tayang FROZEN, LEGO, FROZEN, LEGO

Ye lah, sambil nak packing goodie bags tu mestilah nak menonon something fun kan.

Sakit kepala aku duk ulang tayang kartun 2 ketul tu. Suka memang la suka tapi tak adalah 24 jam haku nak melayan benda alah tu.

So, aku pun amik in charge and bagitau budak2 ni;

"Ape kata kita tengok cite lain nak? Atam bosan lah asyik cite ni. Syameel nak ape?"
"Lego! Ameel nak LEGO"
"Mak Tam, Darwisya nak FROZEN. LET IT GO~~!!!"
"Hafeez nak Cars! Atam! Cars!"
"Frozen! Cars! Lego" bersahut-sahutan.

"Okey! Macam ni. Sume kartun tu takde. Kite tengok ape yang ade ok?"

Scroll...scroll...scroll

Hafeez : Atam, tu hafeez nampak Frozen... Tu Cars! Ade je LEGO

Aku : Takmo lah, Bosan lah

Faham tak dah susah nak tipu bila bebudak dah pandai membaca. Dah tak boleh tipu. Huhuhuhu


Aku: Hah! NI! Jom tengok cite ni.


Enter "THE LION KING"

Aku : Okey semua! Jom tengok! Bagitau binatang apa yang nampak! Go!

Girraffe! Lion! Tiger! Atammmm.... ade Gajah! Gajah!

Sepanjang2 lagu Circle Of Life (Opening song) memcam binatang diorang sebut.....dan tanye.
 Aku macam, okay, they're gonna love this movie!

Aku and kakak2, abang, adik2 aku sume dah karaoke lagu tu dah. Bukan setakat tu, dengan dialog2 sekali kitorang ajuk. Favourite kot masa kecik dulu. Skrip hafal siap.

Dan...dan....dan....

Sampai separuh movie, aku dengar bising kat luar.

Aku toleh belakang, bebudak hilang. Yang ade adik beradik aku je...memasing dok khusyuk tengok. Hahahahahah!!!!

Kuwangsam bebudak. Pandang rendah pada movie favourite kami. Mentang2 la setakat lukis tangan je, bukan computer animation.

Takpe, takpe bebudak.... Nanti bile korang dah besau, korang bagi anak2 korang tengok frozen, sorang pon taknak layan. Fahamlah perasaan kami bagaimana. Huh!



Friday, November 28, 2014

Semut

Manager : Yana, awak ingat Part Nombor foil ni?

Aku : Ini? Kenapa dengan foil ni?

Manager : Kan kes foil break dulu. Tukar foil yang ini. Foil break jugak.

Aku : Ooooo.... lupa la

Manager : Lupa je awak ni! Apa yang awak ingat?! Banyak makan semut ke asyik lupa je

Aku : Hmmmm....tu la pasal....  banyak jugakla saya termakan semut....

Manager n others at meeting table : Krik krik krik..... smileee

Manager : Awak dengar tu Man? Boleh pulak dia. Eeeeiii!!! Gerammm je saye tengok awak ni tau!

Aku : Huh?!








Seriously aku dah penat gile tadi, Sample bertimbun, tetiba production buat hal.

Maaflah, tak berniat nak membuat sebarang sengal. Aku malas layan.

Ha ha ha ha...

Ok pe, manager factory tak jadi marah. Senyum kan comey

Sunday, November 16, 2014

Amayzing brain

Aku > Hah! Aku suka lagu ni
Ina > Sape nyanyi?
Aku > Noh Hujan
Ina > Tajuk?
Aku > Taufan
.........*chorus muncul*......
Aku > Eh! Salah! Angin kencang! Hahahahah!!
Ina > Dia sinonim kan tajuk lagu pulakkkkk.....


Well, aku MEMANG ada masalah bahasa. Tapi dah besau gini, and asyik di point out oleh orang sekeliling, aku jadi risau. Time meeting pun words hilang. Paling aku pelik, ya...aku sendiri pelik, word 'HQ' pun aku tak ingat. Aku just ingat huruf 'Q' je. So...macam2 aku try padankan. IQ, TQ....
Aku stress. Hahahaa!!

Sebab stress, aku pun google la, masalah aku ni.

Hasilnya, aku memang ade language disorder.  MAYBE ada mild expressive dysphasia. Dekat otak, bhagian language, ada sedikit abnormal. Either sbb hentakan, stroke (most of the case) or pembentukan tak sempurna. 

Lambat cakap masa kecik. Sampai umur 5 tahun, bahasa kita, aku pelat. Mak kata aku pelat kronik. Langsung tak paham. Aku cipta bahasa sendiri. Mak aku guna mother instinct je nak paham aku. Hahaha!! Sindrom no 1

Lambat baca and menulis. Apa2 bahasa pun aku memang lambat nak catch up. Sindrom nombor 2

Ketiga, aku tahu apa aku nak cakap tapi cant find the exact word. Hanya ingat satu atau dua huruf. Kadang2 langsung tak jumpa. Aku akan cakap sinonim perkataan tu atau describe 'benda' tu secara panjang lebar. 

Road tax : Alaaaa... yang kita renew tiap tahun tu. Tampal kat cermin kete. Ade kaler2.

Kuih ketayap as kuih kopiah.

Billiard jadi Billboard.

Kadang2 langsung tak ada maksud atau maksud lari terus. Just slipped from my tongue. Dan aku sedar atau tidak salah aku tu.

Itu yang aku google la. Tak tau lah exactly macam mane sebenarnya. 




Nak tahu kesahihan 'sakit' ni, kena MRI otak. Or jumpe pakar. Tak kuase aku. heh!

Its not really bothering me actually. Cuma.....

"Macammana aku nak jadi lecturer kalau macam ni?"

And thats bring me down. down. down.

Jadi cikgu tadika la camni. Hahahaha!!


Nak sembuh boleh, speech therapy je. Tapi....kalau sembuh, aku dah takde joke untuk aku gelak sendiri. 



Google juga beritahu bahawa orang2 begini akan rasa rendah diri dan hilang keyakinan. Hmmmmmm........ encik google, cara nak overcome tu, just laugh at yourself. Your brain makes jokes to tickle itself. Toksah malu lah. 

 

Tuesday, November 4, 2014

Kenapa?

Kenapa....... Cinderella nak balik cepat..... tapi bila Prince tu datang, tak segan pula berusaha tunjuk muka. Kan senang dari awal lagi tak lari daripada majlis tu. 

Kenapa..... aku tak boleh tido ni??? Esok keje mengantuk bertimbun weh