Ada satu masa, kita akan rasa sangat jauh dari yang dekat.
Dah tau jauh, tapi tak juga mendekatkan diri.
Lalu Dia bagi kita gedebuk ujian, nak tarik kita.
Masa tu baru merangkak mencari jalan balik.
Alhamdulillah.
Aku dah buah factory sangat kucar kacir bebrapa minggu lepas.
Salah aku? aku terlalu nak menjaga semua department.
Terlalu mahu menolong.
Maka decision yang aku buat membelakangkan orang besar.
Ingat nak sorok, tapi tak dapat sorok.
Dah bila kita nak tolong tapi datang gedebuk masalah macam tu, suma duduk diam tuding jari pada AKU SEORANG, mana aku tak terduduk menangis meratap hiba?
Seminggu aku lost. Seminggu aku termangu. Seminggu aku racau.
Mimpi pun mimpi kerja.
Masa tu baru merangkak.
Hati dipaksa pasak pada kaki.
Masa tu lah baru berlamaan dahi di lantai, berteleku lama mengadu nasib.
Masa tu, terasa masalah tu nikmat.... sebab ditarik kembali pada yang dekat.
Biarkan aku diikat,
Jangan biar aku lepas.
No comments:
Post a Comment