Saturday, March 15, 2014

Nak cari hati

Once, aku pernah terfikir untuk deactivate facebook.
Sebab..... aku macam tak berapa nak update sangat rasanya dalam tempoh tu.
Tengah krisis identiti
Tapi, sehari tak bukak facebook, aku rasa x senang duduk.
Sebab, tak ada akses ke bahan bacaan best.

Facebook

Satu cara yang membolehkan aku ke website yang best untuk dapatkan apa-apa info.
Alhamdulillah kawan kawan facebook ramai yang kongsi website best, artikel best.
Banyak info dapat.
Ulat buku, kaki membaca macam aku ni memang tak senang duduk kalau tak baca walau 1 artikel dalam sehari. Newspaper dah lama byebye. Bilanya aku nak pegi membeli? Kan?
Nak godek2 sendiri website best, makan masa yang lama. So, klik je ape yang orang share.
Easy peasy.
Bila dah buntu sangat, solution aku, pegi Yahoo homepage terus. =)

Twitter.

Korang nak tahu tak yang Twitter actually lagi best daripada Facebook, IF you follow the right person lah. From Twitter lah aku tahu perkembangan terkini, semasa dan terhangat.

Ade orang kata, ko main twitter lagi ke? As if it is lame.
Ko tak follow orang yang best memang bosan la bhai! Meh aku cadangkan beberapa orang untuk di-follow.

1Obefiend - paling aktif kat twitter. Akan SENTIASA ada dia di timeline. Die akan ulas macam-macam isu and bagi pendapat dia. Perspektif dia terhadap sesuatu isu/perkara kadang kadang sangat lain daripada aku. Dan aku memang suka bila jumpe perspective-clash ni. It makes me think again. Tweet yang kau tak setuju tu kau scroll je lah.

harryfear - activist yang beritahu perkembangan tentang GAZA. Follow beliau sebab ia berita dari sudut pandangan seorang yang bela GAZA atas dasar kemanusiaan. Might different from us.

imammudaasyraf - Hok ni memang rajin jawab soalan orang. Soalan serius ke, sempoi ke ke sengal ke... rajin jawab. Tambah la ilmu sikit

realDrMAZA - Tak tahulah ada admin or memang jari Dr MAZA yang tap sendiri. Tapi banyak utarakan pendapat tentang isu semasa. No need to read newspaper yaw! Dia update tentang isu terbaru.

muarrikhun - Ust Hasrizal, penulis blog SaifulIslam. Seorang yang tahu sejarah maka gurau bukan makanan dia. Sentap juga bila dia tegur kita menjenakakan sesuatu yang patut kita marah-kan. Huhu

Kahirykj - Rajin tweet. Pasal politik, isu semasa, bola, personal dll. Beliau juga seorang yang sporting dan ada sengal tersendiri rupanya.

n_izzah - NURUL IZZAH kotttt!!!!! banyak politik lah.

rdzaminhat - Artis? Yes! Aku baru follow. Surprisingly, his way of thinking is amazing. Kadang-kadang bicara tentang industri, kadang semasa. Best!

huzaifah - tak kenal pun dia siapa but dia pun banyak utarakan pendapat. Haritu dia bagi property tips. Follow je lah.

hadiharhar - Baru je follow. Pun beliau suka ulas isu semasa which is very good. Tak payah aku baca paper.

_TheJebs - orang ni kelakar owh tweet dia. Ade je akal dia nak bagi aku sengih sorang2 tengok handphone. XD

HanisZalikha - dah jarang tweet. Dulu selalu tweet lucu2. Takpe, kita follow jugak. Beauty with brain.

Banyak lagi tapi ini yang rajin tweet dan selalu lontar pendapat.
Serius, twitter ni, kalau follow orang yang best, otak kau pun tak relaks masa baca. Kadang kadang berpusing berpusing fikir balik pasal isu tu.
Ada tak orang yang best untuk aku follow?
Meh bagitau meh.

No comments:

Post a Comment